Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, July 4, 2022

SUMBANGAN SET HIDROPONIK JABATAN PERTANIAN SELANGOR 2022

Pada 30 Jun 2022 (Khamis), beberapa orang pegawai daripada Jabatan Pertanian Selangor telah datang ke SK Bukit Tampoi (A). Tujuan kedatangan mereka adalah untuk menyerahkan 1 set hidroponik kepada pihak sekolah. Set hidroponik yang berharga RM799 telah disumbangkan kepada SK Bukit Tampoi (A) daripada Jabatan Pertanian Selangor.

Set hidroponik yang mempunyai 21 lubang ini disertakan dengan sistem pam serta dikuasakan oleh tenaga solar. Oleh yang demikian, set ini menggunakan 100% tenaga hijau bagi menghasilkan tenaga elektrik untuk menghidupkan sistem pam yang disediakan. Dengan adanya set hidroponik ini dapatkan digunakan untuk mengajar subjek Reka Bentuk dan Teknologi dengan lebih menarik.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Selangor kerana telah sudi memberi sumbangan yang besar kepada sekolah kami. Kami akan manfaatkan sebaik mungkin sumbangan yang diberikan kepada kami. Jasa baik tuan amat kami hargai dan sanjungi. Semoga set ini dapat meningkatkan dan menarik kehadiran murid ke sekolah.







LATIHAN PERSONEL : PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK SK JALAN 4 BANGI


Latihan Personel merupakan satu program latihan bagi kakitangan awam untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti perkhidmatan awam itu sendiri. Setiap penjawat awam dimestikan mengikuti latihan personel sekurang-kurangnya lima hari dalam setahun.

Justeru itu, pihak pengurusan SK Bukit Tampoi (A) telah menganjurkan latihan personel yang bertanjuk "Perkongsian Amalan Terbaik SK Jalan 4 Bangi" yang telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Ainon binti Mohamed Salehudin. Beliau merupakan seorang Guru Besar yang sungguh hebat dan berkaliber. Latihan tersebut telah diadakan pada 30 Jun 2022 (Khamis) bertempat di Bilik Komputer SK Bukit Tampoi (A).

Pengkongsian ilmu bersama beliau banyak memberi impak kepada semua kakitangan SKBTA. Melalui amalan terbaik yang telah dilaksanakan sekolah beliau telah menerima banyak anugerah dan pengiktirafan dari pelbagai peringkat. Ia menjadi satu inspirasi kepada kami untuk menjadikan SK Bukit Tampoi (A) sehebat dan segah SK Jalan 4 Bangi.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat Pn. Hjh. Ainon di atas perkongsian ilmu dengan warga SK Bukit Tampoi (A). Kami memohon dihalalkan ilmu yang diberi, agar dapat kami manfaatkan untuk kesejahteraan sekolah kami pula. Inyaallah, jika ada masa dan kelapangan kami akan susuli dengan lawatan penandaarasan ke SK Jalan 4 Bangi untuk melihat dengan mempelajari selok-belok kejayaan sekolah tersebut. Semoga hasrat kami ini dapat ditunaikan.

#jomsting

Wednesday, June 29, 2022

MINGGU ANTIDADAH SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022

 

Minggu Antidadah SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 27 dan 28 Jun 2022. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya mengadakannya dengan jayanya melalui kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sepang.

Minggu Antidadah ini telah dirasmikan oleh En. Farid Anwar bin Shaari (GPK Hal Ehwal Murid). Pelbagai aktiviti menarik sepanjang dua hari pelaksanaannya seperti ceramah, pameran dan pertandingan mewarna.

Tahniah diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana telah berjaya mengadakan kembali program ini setelah hampir dua tahun tidak dapat mengadakannya. Terima kasih diucapkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan kerana sudi bekerjasama dengan sekolah kami bagi memberikan pendidikan penyalahgunaan dadah kepada murid-murid SK Buikt Tampoi (A).

Harapan kami agar pendidikan luar bilik darjah ini dapat memberikan kesedaran tentang bahaya dadah kepada diri, keluarga, masyarakat dan negera. Semoga slogan "Hidup Sejahtera Tanpa Dadah" dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian murid-murid di sini.

#jomsting 













KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SEPANG TAHUN 2022

 

Kejohanan Merentas Desa MSSD Sepang telah diadakan pada 28 Jun 2022 bertempat di Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi. SK Bukit Tampoi (A) turut menghantar enam orang atlet sekolah bagi menyertai kejohanan tersebut.

Ini merupakan kejohanan pertama diadakan selepas hampir dua tahun tidak dapat diadakan. Walaupun jarak larian pada kali ini dipendekkan, namun atlet kita masih belum mampu menandingi atlet sekolah-sekolah lain.

Jadikan ini sebagai pengalaman untuk ke pertandingan pada masa akan datang. Semoga kejohanan seperti ini dapat dijalankan pada tahun akan datang demi melahirkan atlet yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

#jomsting #jomlibas


PEMBERIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI KES CICIR TAHUN 2022

 
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah diberikan kepada tiga orang ibu bapa yang hadir untuk menerimanya di sekolah. Mereka adalah penerima BAP yang tercicir disebabkan kelewatan mendaftarkan anak ke sekolah ini.

Walau bagaimanapun, pihak sekolah sentiasa prihatin akan kebajikan murid-murid Orang Asli yang memerlukan bantuan tersebut untuk membantu membelli peralatan persekolahan anak masing-masing. Semoga bantuan yang diberikan oleh KPM ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi kemenjadian murid sekolah ini.

#jomsting #jombantu