Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, September 19, 2022

PENATARAN PENTAKSIARAN BILIK DARJAH (PBD) KEPADA GURU-GURU SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022

 
Penataran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah dilaksanakan kepada guru-guru SK Bukit Tampoi (A) pada 15 September 2022 (Khamis) di Billik Komputer. Penataran ini telah disampaikan oleh Pn. Noresah binti Sapari (GPK Pentadbiran) SK Bukit Tampoi (A).

Penataran ini dibuat untuk mengimbas kembali pelaksanaan PBD di sekolah dengan sedikit penambahbaikan. Selepas UPSR dimansuhkan pada 2019, sebahagian daripada komponen akademik sudah berkurangan, maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggantikan dengan Ujian Berpusat yang dinamakan sebagai Ujian Akhir Sesi Akademik yang akan dilaksanakan pada akhir tahun sesi persekolahan.

Selain daripada komponen akademik, terdapat juga komponen bukan akademik. Komponen ini terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Psikometrik sebagai sebahagian daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh kerana itu, guru-guru diberikan latihan berkala untuk meningkatkan kemahiran penilaian yang dibuat ke atas setiap murid yang diajar sebagai penilaian profesional guru.



Thursday, September 15, 2022

PENYERAHAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) PERTENGAHAN TAHUN 2022/2023

Penyerahan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada ibu bapa dan penjaga warga SK Bukit Tampoi (A) telah dilaksanakan pada 15 September 2022 (Khamis) di kelas masing-masing. Terlebih dahulu ibu bapa dan penjaga telah dimaklumkan tentang penyerahan tersebut melalui surat makluman.

Ramai ibu bapa dan penjaga yang hadir untuk mendapatkan keputusan PBD anak masing-masing. Terdahulu, ibu bapa dan penjaga telah diberikan penataran tentang pelaksanaan PBS di sekolah setelah pemansuhan UPSR pada 2019. Mereka telah hadir bermula pada pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah hari.

Tahniah kepada anak-anak SK Bukit Tampoi (A) yang telah berjaya mendapat keputusan yang baik pada pentaksiran pertengahan sesi akademik tahun ini. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan mudah putus asa kerana PBD adalah penilaian yang berterusan sepanjang tahun. Gunakanlah masa yang ada untuk memperbaiki keputusan tersebut.

PENATARAN PBD KEPADA IBU BAPA SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022

 

Penataran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada ibu bapa dan penjaga warga SK Bukit Tampoi (A) telah dilaksanakan pada 15 September 2022 (Khamis) di Bilik Sains, SK Bukit Tampoi (A). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pn. Noresah binti Sapari (GPK Pentadbiran) dan turut disaksikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor (Guru Besar).

Pada taklimat tersebut, ibu bapa dan penjaga diterangkan tentang definisi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terkandung dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh kerana Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan pada tahun 2019, maka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkasakan pelaksanaan PBS di sekolah. PBS merangkumi dua komponen utama iaitu komponen akademik dan komponen bukan akademik. Komponen akademik pula terdiri daripada Ujian Berpusat dan PBD manakala komponen bukan akademik merangkumi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Psikometrik.

Selain daripada itu, ibu bapa dan penjaga diberi penjelasan tentang pemberian Tahap Penguasaan (TP) yang terdiri daripada TP1, TP2, TP3, TP4, TP5 dan TP6 bagi semua mata pelajaran. Ini merupakan perkara yang diminta oleh ibu bapa untuk diberikan penjelasan yang lebih lanjut. Dengan pelaksanaan penataran PBD ini dapat memberikan pencerahan kepada para ibu bapa dan penjaga tentang PBD.