Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, May 27, 2016

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PRASEKOLAH 2016


Sambutan hari lahir bagi murid-murid prasekolah yang lahir dari bulan Januari hingga Mei.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SK KLIA 2016

Jawatankuasa Kebitaraan Sekolah Kebangsaan KLIA telah bersetuju untuk mengadakan Program Khidmat Masyarakat di SK Bukit Tampoi (Asli) pada 26 Mei 2016 (Khamis). Sepasukan guru seramai 6 orang yang diketuai oleh GPK Kokurikulum, SK KLIA telah datang berkunjung. Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 akan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran beserta kuiz Bahasa Malaysia dan Kumpulan 2 akan mengendalikan latihan sofbol.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, SK KLIA dan Jawatankuasa Kebitaraan SK KLIA kerana telah sudi untuk memberi tunjuk ajar kepada murid-murid di sini bagi meningkatkan mutu pembelajaran Bahasa Malaysia dan mempelajari ilmu baharu dalam sukan sofbol.

Thursday, May 26, 2016

KEM MOTIVASI DAN PERMATA GEMILANG UNTUK ANAK-ANAK AHLI PELADANG 2016

SK Bukit Tampoi (A) telah dijemput untuk menyertai Kem Motivasi dan Permata Gemilang untuk anak-anak ahli Peladang yang akan menghadapi peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR. Kem ini diadakan pada 21 Mei 2016 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari di Bilik Seminar PPK Dengkil. Seramai 5 orang murid dari tahun 6 telah dihantar untuk menyertai kem tersebut iaitu Rainida, Amellayana, Aizah, Fazeliani dan Anisya.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IM4U 2016

Puspanita Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Program IM4U yang telah disempurnakan oleh Datin Shobana A/P Subramaniam (isteri YB Dato' P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1). Terima kasih diucapkan kepada Puspanita KPM kerana sudi membantu SK Bukit Tampoi (A) menaiktaraf kemudahan sekolah khususnya Bilik Pendidikan Islam dan Pusat Sumber Sekolah.
 
 
  
 
 
 

Monday, May 23, 2016

PROGRAM MOTIVATIONAL CAMP 2016

Program Motivational Camp 2016 telah dijalankan di Kem Excel Training & Country Resorts, Broga pada 14 dan 15 Mei 2016 melibatkan 15 orang murid Tahun 6 bersama 3 orang guru pengiring. Program ini ditaja oleh UEM Edgenta dengan kerjasama DMFK Inspirations iaitu sebuah syarikat konsultasi dan motivasi yang diketuai olah Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah.