Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, May 16, 2019

PROGRAM IKRAM 2019


Program Ikatan Kasih Ramadan (IKRAM) 2019 telah dijalankan pada 15 hingga 16 Mei 2019. Program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Dakwah Islamiah (PekDis) Daerah Sepang ini telah berlangsung di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA.

Seramai 22 orang murid Islam dari SK Bukit Tampoi (A) telah dipilih untuk menyertai program tersebut. Mereka diiringi oleh 3 orang guru pengiring yang diketuai oleh Ustaz Anwar bin Mohd. Salleh.

Di dalam program ini, para peserta akan dibawa ke Mydin Seremban 2 untuk membeli pakaian raya bagi setiap seorang. Pada sebelah petang, mereka akan berkumpul semula di masjid untuk majlis iftar dan seterusnya solat Maghrib, Isyak dan Terawih. Kemudian para peserta akan bermalam di masjid tersebut.

Pada hari kedua, satu majlis perasmian penutupan diadakan yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Taufiq Yap Hun Hin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf (JHEM), Majlis Agama Islam Selangor. Majlis tersebut turut dihadiri oleh semua guru besar dari sekolah-sekolah yang terlibat. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun hadapan kerana telah berjaya memberi sumbangan yang banyak kepada murid-murid Islam di daerah Sepang.










No comments:

Post a Comment