Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, June 30, 2024

LATIHAN KEBAKARAN 2024

 

Latihan Kebakaran tahun 2024 telah diadakan pada 18 Jun 2024 (Rabu) di SK Bukit Tampoi (A). Semua murid, guru dan staf terlibat secara langsung dalam latihan tersebut. Sebelum itu, satu taklimat telah diadakan pada hari sebelumnya untuk memaklumkan kepada murid-murid perkara yang perlu dilakukan oleh mereka apabila berlaku kecemasan di sekolah.

Semoga dengan mengadakan latihan berkala seperti ini dapat membiasakan diri murid tentang kesediaan mereka tentang kecemasan yang mungkin berlaku di sekolah. Diharapkan agar latihan yang seterusnya dapat dilakukan dengan kerjasama dengan anggota bomba.



PERTANDINGAN TECH4ALL 2024

Pertandingan Tech4All merupakan pertandingan robotik yang dianjurkan oleh Unit Sekolah Jenis Khas (USJK), JPN Selangor pada 20 Jun 2024. Pertandingan ini terbuka kepada semua 11 buah Sekolah Murid Orang Asli Selangor yang diadakan di Pusat latihan JAKOA Kluang, Johor.

SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar 3 orang murid dan 1 orang guru pengiring. Di sana mereka diberikan bengkel tentang pembinaan robotik dan cara mengendalikan robotik tersebut. Kemudian para peserta diberikan masa untuk menyediakan kod untuk mengoperasikan kit robotik tersebut. Seterusnya mereka perlu menggerakkan kit robotik tersebut melalui peta yang disediakan dan melakukan beberapa tugasan lain.

Walaupun pasukan sekolah tidak berjaya mendapat tempat dalam pertandingan itu, namun pengalaman yang ditimba semasa mengikuti bengkel tersebut amat bermakna dan dapat diseberkan kepada murid-murid yang lain. Semoga bengkel ini dapat membuka jalan kepada murid-murid betapa pentingnya kemahiran STEM ketika ini.

KARNIVAL FITRAH MURID ORANG ASLI (KAFOA) & KARNIVAL FITRAH KASIH (KAFIKA) SJK TAHUN 2024M/1445H

 

Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) dan Karnival Fitrah Kasih (KAFIKA) SJK Tahun 2024M/1445H peringkat daerah Sepang telah diadakan pada 20 Jun 2024. Karnival yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, Sektor Pembelajaran PPD Sepang telah diuruskan oleh SK Bukit Tampoi (A) sebagai tuan rumah pertandingan.

KAFOA telah disertai oleh 3 buah sekolah Murid Orang Asli daerah Sepang manakala KAFIKA pula telah disertai oleh 7 buah sekolah daripada SJK(C) dan SJK(T). Acara yang dipertandingkan pada karnival ini adalah seperti tilawah Al-Quran, hafazan, azan dan iqamah, daei cilik dan nasyid. SK Bukit Tampoi (A) telah menyertai semua acara yang dipertandingkan.

Impak daripada pertandingan yang disertai oleh SK Bukit Tampoi (A), kita telah mendapat johan bagi 2 kategori iaitu daei cilik kategori lelaki dan perempuan. Tahniah buat adik Putra Adyrian dan Puteri Syamimi Diana dari kelas 5 Dahlia. Selain daripada itu, pasukan kita juga memenangi tempat kedua acara azan dan iqamah dan tempat ketiga acara tilawah, hafazan dan nasyid.

Tahniah buat pasukan sekolah yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) tahun 2024. Semoga kita dapat memperbaiki kelemahan kita pada tahun ini adan mencapai kecemerlangan yang lebih baik pada tahun hadapan. Terima kasih juga kepada para penyumbang Pusat Zakat Selangor dan Pejabat Parlimen Sepang serta guru-guru dan staf SK Bukit Tampoi (A) yang telah bertungkus-lumus menjayakan karnival tahun ini.


Wednesday, June 12, 2024

PELUNCURAN BULAN SAINS TAHUN 2024

 

Peluncuran Bulan Sains Tahun 2024 SK Bukit Tampoi (A) telah dilakukan pada 12 Jun 2024 (Rabu) di dataran perhimpunan sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mansor, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Tema Bulan Sains pada tahun ini adalah "Pintar Sains, Minda Kreatif".

Pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan oleh Panitia Sains seperti Chicken Life Cycle, Kenali Radas, Cari Sampai Jumpa, Haiwan Impian, Belon Magik, Telur Ajaib, Roket DIY dan banyak lagi. Marilah semua murid, kita bersama-sama menyertai aktiviti yang diadakan nanti.

Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat menarik minat murid-murid untuk menerokai dunia sains yang luas di samping menanam suka akan mata pelajaran sains. Terokailah dunia sains yang sangat menarik dan mencabar minda dan fizikal. Teruskan mengokong aktiviti sekolah kita.