Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, February 19, 2018

CUTI SEKOLAH SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti pada 15 Februari 2018 (Khamis) sehingga 20 Februari 2018 (Selasa) sempena Tahun Baru Cina.

Sekolah akan dibuka semula pada 21 Februari 2018 (Rabu). Diharapkan agar ibu bapa / penjaga dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah pada hari tersebut.

Sekian, harap maklum.

Tuesday, February 13, 2018

PEMANTAUAN UNIT ICT 2018


Pemantauan Unit ICT telah dilakukan ke atas pengurusan dan penyelenggaraan peralatan teknologi maklumat. Fokus pemantauan adalah perolehan komputer peribadi (PC) di Pusat Akses dan Bilik Komputer serta VLE Frog.


Pemantauan ini telah diketuai oleh 2 orang pegawai dari BTP Selangor, 1 orang dari PPD Sepang dan 1 orang dari PKG Salak. Kedatangan mereka telah diiringi oleh Penyelaras Bestari bagi membantu pegawai pemantau memeriksaan perkakasan TMK.


Pemantauan yang bermula pada pukul 10.30 pagi telah berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Terima kasih diucapkan kepada para pegawai pemantau yang sudi datang membantu kami menambahbaik pengurusan dan penyelenggaran peralatan teknologi maklumat di sekolah kami. Semoga dengan kehadiran tuan dapat meningkatkan sistem pengurusan dan penyelenggaraan yang sedia ada agar lebih baik dan cemerlang.

PROGRAM MENGECAT PAGAR SEKOLAH


Program Mengecat Pagar Sekolah  telah dijalankan pada 10 Februari 2018 (Sabtu) bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah terutamanya pagar sekolah. Program ini adalah kerjasama di antara pentadbir sekolah, PIBG, Syarikat Satria Perkara dan Layang Lagenda Enterprise. Seramai 4 orang pentadbir, YDP PIBG, 2 orang daripada syarikat keselamatan dan 6 orang daripada syarikat pembersihan telah melibatkan diri di dalam program ini.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara sumbangan tenaga, wang atau cat bagi menjayakan program ini berjalan dengan lancar. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Hasil kerjasama semua pihak telah menceriakan semula SK Bukit Tampoi (A).