Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, March 10, 2019

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KELAB ARISTON, UNIVERSITI HERIOT WATT 2019


Program Khidmat Masyarakat Kelab Ariston dari Universiti Heriot Watt yang terletak di Cyberjaya adalah program kali yang kedua yang dijalanakan. Kali pertama program ini dijalankan adalah pada 23 Februari 2019 yang lalu yang melibatkan seramai 10 orang sukarelawan.

Pada kali ini seramai 7 orang sukarelawan yang hadir untuk membantu pihak sekolah mengecat bahagian dinding luar dan pintu bilik-bilik khas. Antara bilik khas yang terlibat adalah Bilik RBT, Bilik PSS dan Stor Sukan.

Program Khidmat Masyarakat ini telah diadakan pada 9 Mac 2019 (Sabtu) dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sukarelawan kerana sudi membantu menceriakan lagi SK Bukit Tampoi (A). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tenaga dan masa anda semua.





BENGKEL TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU 2019


Bengkel Tanaman Cendawan Tiram Kelabu adalah salah satu aktiviti yang terkandung di dalam Projek Tanaman Cendawan yang diusahakan oleh peserta Kelas Dewasa Asli dan Pribumi (KEDAP) dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) pada tahun 2018.

Walaupun pada tahun 2019, kelas KEDAP tidak lagi diajar di SK Bukit Tampoi (A), minat untuk mengusahakan projek ini oleh bekas peserta masih ada. Oleh yang demikian, satu bengkel tanaman cendawan telah diadakan di Nas Agro Farm, Jenderam Hulu.

Seramai 12 orang telah hadir pada bengkel tersebut. Mereka terdiri daripada 5 orang dari IRM, 2 orang guru SK Bukit Tampoi (A), 4 orang peserta Kedap dan 1 orang sukarelawan. Bengkel tersebut telah diadakan pada 8 Mac 2019 (Jumaat) dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Para peserta telah diajar cara-cara penyediaan bongkah, tanaman dan penjagaan. Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk mencuba menyediakan bongkah. Selain daripada itu, mereka juga diberi kesempatan untuk menuai hasil cendawan yang telah matang. 














PEMANTAUAN PROGRAM PENDIDIKAN DADAH 2019


Pemantauan Program Pendidikan Dadah (PPDa) telah dijalankan di SK Bukit Tampoi (A) bagi tahun 2019. Pemantauan telah dilaksanakan oleh 2 orang pegawai yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. 

Mereka telah memantau pelaksanaan PPDa bagi tahun 2018 dan 2019 berdasarkan instrumen pemantauan. Antara perkara yang dipantau adalah Bilik/Lorong/Sudut PPDa, pelaksanaan Program 5 Minit, Bimbingan PPDa dan fail PPDa.

Sejurus selepas pemantauan selesai dijalankan, mereka telah bertemu dengan GPK Hal Ehwal Murid dan Penyelaras PPDa untuk menyampaikan maklum balas yang diperoleh daripada hasil pemantauan tersebut. Secara keseluruhannya, prestasi pemantauan pada tahun ini adalah cemerlang.



Tuesday, March 5, 2019

SEMAIAN BENIH CENDAWAN TIRAM KELABU





MAJLIS PELANCARAN HARI NILAM SELANGOR (HaNIS) & PROGRAM NILAM 2019


Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan satu program di bawah Pusat Sumber Sekolah (PSS) dijalankan bagi memupuk amalan membaca dari usia muda. Program NILAM telah dilancarkan pada 4 Mac 2019 (Isnin) semasa perhimpunan rasmi SK Bukit Tampoi (A).

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Pn. Siti Saadah Binti Mukrim (Guru Besar). Pada kali ini majlis perasmian dijalankan dengan gimik membuka kotak hadiah yang turut disaksikan oleh En. Azman Shah Bin Mohd. Yunus (GPK Pentadbiran).

Sejurus selepas perasmian beberapa orang murid dijemput untuk membacakan sebuah buku cerita. Semoga dengan perasmian Program NILAM pada tahun ini memberi rangsangan kepada murid untuk membaca dengan penuh minat.