Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, February 19, 2019

MAJLIS PERASMIAN BULAN ANTIDADAH KEBANGSAAN 2019



Majlis Perasmian Bulan Antidadah Kebangsaan 2019 telah dirasmikan pada 19 Februari 2019 (Selasa) di tapak perhimpunan SK Bukit Tampoi (A). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Mohd. Fadzli bin Mansor (GPK Hal Ehwal Murid). Turut hadir adalah GPK Pentadbiran dan guru-guru SK Bukit Tampoi (A).

Tema Bulan Antidadah Kebangsaan bagi tahun 2019 ialah "Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita". Ini merupakan tema tahun lepas yang masih relevan dengan keadaan semasa pada ketika ini. Pada majlis yang sama, perutusan oleh Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan sempena Bulan Antidadah Kebangsaan turut dibacakan oleh GPK Hal Ehwal Murid.

Pada akhir majlis, seorang murid telah tampil ke hadapan menyampaikan Program 5 Minit Antidadah. Semoga dengan pelancaran Bulan Antidadah Kebangsaan 2019 dapat memberi kesedaran tentang bahaya dadah kepada diri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.






Monday, February 18, 2019

MAJLIS PEMAUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH


Majlis Pemuafakatan KPM dan PDRM di dalam Program Jom Ke Sekolah 2019 telah diadakan pada perhimpunan rasmi sekolah iaitu pada 18 Februari 2019 (Isnin) yang bertempat di gelanggang sepak takraw sekolah. Pada majlis tersebut seramai tiga orang wakil PDRM dari Balai Polis Dengkil telah hadir. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Koperal Andalus yang turut dihadiri oleh Koperal Hairul dan Prebet Faizal.

Pada majlis tersebut, perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia telah dibacakan oleh Guru Besar, manakala perutusan daripada Ketua Polis Negara telah dibacakan oleh Koperal Andalusia. Sejurus selepas itu, para tetamu telah dijemput untuk merasmikan Papan Kenyataan PPS.

Program Jom Ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Oleh itu, menerusi program ini, diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping berperanan sebagai guru disiplin seperti yang dinyatakan dalam Pekekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 bahawa semua guru adalah guru disiplin.



Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia


Perutusan Ketua Polis Negara




Perasmian Papan Kenyataan PPS





Saturday, February 16, 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 TAHUN 2019


Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 Tahun 2019 telah diadakan pada hari ini, 16 Februari 2019 (Sabtu) di kantin SK Bukit Tampoi (A). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Yusof Bin Alip bekas YDP PIBG SK Bukit Tampoi (A). Turut hadir adalah En. Khairul Nizam yang mewakili PPD Sepang, Batin Changkek Anak Dabal (KOA Bukit Tampoi), Batin Osman bin Abdullah (KOA Kolam Air Bangkong).

Selepas acara perasmian, majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 Tahun 2019 yang telah dipengerusikan oleh Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Pada tahun ini, pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu telah diadakan. Pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu diadakan setiap dua tahun sekali.

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa baharu yang telah dipilih pada tahun ini. Semoga dengan kerjasama di antara ibu bapa dan guru akan dapat memacu kecemerlangan SK Bukit Tampoi (A) ke arah kecemerlangan. Pada akhir majlis, sesi cabutan bertuah telah diadakan bagi menghargai ibu bapa dan guru yang hadir.


Para tetamu yang hadir


Bacaan Doa


Ucapan Guru Besar


Ucapan YDP PIBG


Ucapan Perasmian


Penyampaian cenderamata kepada perasmi dan 
AJK PIBG Sesi 2017/2018












Sesi Mesyuarat Agung 2019


Pelantikan AJK PIBG 2019/2020


Sesi Cabutan Bertuah

Thursday, February 14, 2019

KUNJUNGAN ISLAMIC RELIEF SWITZERLAND 2019

Pada hari ini, SK Bukit Tampoi (A) telah dikunjungi oleh dua orang wakil daripada Islamic Relief Switzerland (IRS) dengan diiringi oleh empat orang wakil daripada Islamic Relief Malaysia (IRM). Tujuan kunjungan mereka ke sekolah adalah untuk melihat program dan projek yang telah dilaksanakan oleh IRM dengan sekolah. Selain daripada itu, mereka turut berkunjung ke KOA Bukit Tampoi bagi melihat Projek Perpustakaan Mini yang telah dilaksanakan di balai raya.

Kunjungan mereka di sekolah telah disambut oleh para pentadbir sekolah yang telah membawa mereka mendengar penerangan tentang kerjasama yang telah dilaksanakan bersama IRM di sekolah. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti Program Diet Attack, Projek Tanaman Cendawan, Sambutan Hari Kanak-kanak dan Sumbangan Kelengkapan Persekolahan.

Kemudian para tetamu dibawa ke tapak projek tanaman cendawan yang sedang diusahakan di laman belakang sekolah. Di sana wakil daripada IRM telah memberikan taklimat tentang perkembangan projek dan manfaatnya kepada penduduk kampung. Projek ini merupakan projek perintis yang jika berjaya akan dikembangkan kepada penduduk kampung yang berminat.

Setelah tamat sesi kunjungan di sekolah, para tetamu dibawa masuk ke kampung untuk melihat Projek Perpustakaan Mini di Balai Raya KOA Bukit Tampoi. Kunjungan ke kampung telah diiringi oleh Pengerusi JKKK iaitu En. Ilam bin Senin. Semoga kunjungan yang singkat ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam memajukan komuniti setempat ke arah yang lebih gemilang.