Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, November 13, 2018

PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN 2018


Program Pendidikan Kesihatan adalah program penyebaran maklumat berkaitan kesihatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah Orang Asli di negeri Selangor. Program yang dianjurkan oleh Seksyen Perkhidmatan Kesihatan awam Komuniti Orang Asli, Hospital Orang Asli Gombak telah menyampaikan ceramah berkaitan pemakanan kesihatan, penjagaan gigi, ceramah berkaitan penyakit berjangkit dan kuiz.

Seramai 8 orang pegawai dan doktor perubatan telah hadir dalam memberikan ceramah dan motivasi berkaitan penjagaan kesihatan. Murid-murid yang terlibat di dalam program ini terdiri daripada murid-murid Tahun 6 Siantan sahaja.

Program yang yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari telah berjaya dilaksanakan. Sasaran murid Tahun 6 dipilih adalah untuk memberikan lebih tumpuan dan penekanan kepada murid-murid tentang kehidupan menuju ke alam dewasa. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Seksyen Perkhidmatan Kesihatan Awam Komuniti Orang Asli, Hospital Orang Asli Gombak kerana telah memilih dan sudi datang ke sekolah kami untuk menyampaikan maklumat yang sangat berguna ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan masyarakat Orang Asli di negeri Selangor.









Saturday, November 3, 2018

CUTI HARI DEEPAVALI 2018

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama 3 hari. Maklumat berkaitan cuti tersebut adalah seperti berikut : -

Tarikh
Perayaan
Jenis Cuti
05/11/2018 (Isnin)
Cuti Tambahan
Cuti Peristiwa
06/11/2018 (Selasa)
Hari Deepavali
Cuti Umum
07/11/2018 (Rabu)
Cuti Tambahan
Cuti Peristiwa

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga ambil maklum tentang perkara di atas. Sekolah akan beroperasi semula seperti biasa pada 8 November 2018 (Khamis).

Friday, November 2, 2018

SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A) KALI KE-22 TAHUN 2018



Sukan Tahunan SK Bukit Tampoi (A) Kali Ke-22 Tahun 2018 telah diadakan pada 2 November 2018 (Jumaat) di Padang Awam, KOA Bukit Tampoi. Pihak sekolah telah menjemput Y.B. Tuan Adhif Syan bin Abdullah (ADUN Dengkil) untuk merasmikan sukan tahunan sekolah pada tahun ini. Malangnya beliau tidak dapat hadir dan menghantar wakil menggantikan tempat beliau.

Turut hadir adalah En. Rajalingam a/l Ramayah (Ahli Majlis Daerah Sepang), En. Zuhaimi bin Md. Nasir (wakil PPD Sepang), Batin Osman bin Abdullah (Batin KOA Kolam Air Bangkong), Batin Changkek Anak Dabal (Batin KOA Bukit Tampoi), Batin Jalil bin Long (Batin KOA Bukit Baja), En. Mohamed Syakir bin Mohd. Sarib (IRM), Cik Hanani binti Ahmad Syukri (IRM), Cik Maryam (IRM) dan Dr. Shafie bin Sidek (UPM).

Semasa majlis perasmian, wakil daripada ADUN Dengkil telah menyampaikan berita gembira kerana beliau telah bermurah hati untuk menyumbangkan sebanyak RM2000 kepada pihak sekolah untuk menampung kos penganjuran sukan tahunan sekolah pada tahun ini.

Pada tahun ini, peserta Kedap dengan kerjasama IRM dan UPM telah membuka 2 buah gerai jualan. Tujuan gerai tersebut dibuka adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para peserta akan selok-selok perniagaan.

Keputusan akhir Sukan Tahunan SK Bukit Tampoi (A) Kali Ke-22 Tahun 2018 telah dimenangi oleh Rumah Kuning (Juara Perbarisan), Rumah Biru (Juara Keseluruhan), adik Nur Natasya binti Muhammad Alwi (Olahragawati) dan adik Jonathan Joyce (Olahragawan).

Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang telah memberikan sepenuh tenaga, ikhtiar, usaha dalam menjayakan sukan tahunan pada tahun ini. Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat ADUN Dengkil, Majlis Daerah Sepang, Islamic Relief Malaysia, Satria Perkasa Security, PPD Sepang, PIBG SKBTA, peserta Kedap, guru-guru dan ibu bapa yang hadir. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak sukan tahunan ini tidak akan berjaya. Sampai berjumpa lagi pada tahun hadapan.














Thursday, November 1, 2018

PROJEK KEMASYARAKATAN EDRA : SOKONGAN DIDIKAN EDRA 2018


Edra Power Holding Sdn. Bhd. bersama anak syarikat Kuala Langat Power Plant telah menganjurkan program "Sokongan Didikan Edra 2018" pada 1 November 2018 (Khamis) di SK Labohan Dagang, Kuala Langat. Program Sokongan Didikan Edra merupakan satu projek kemasyarakatan syarikat bagi membantu usaha meningkatkan tahap pendidikan di daerah Kuala Langat dan Sepang.

Di bawah program ini, sekolah-sekolah terpilih adalah berdekatan Stesen Jana Kuasa Elektrik di Kuala Langat akan menerima bantuan kewangan, manakala murid-murid Tahun 5 akan menerima sumbangan beg sekolah dan baucer kasut.

Sekolah-sekolah yang terpilih terdiri daripada 6 buah sekolah iaitu SK Rancangan Tanah Belia, SK Bukit Canggang, SK Labuhan Dagang, SK Bukit Tadom (A), SK Olak Lempit dan SK Bukit Tampoi (A).  SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar 4 orang wakil murid Tahun 5 dengan diiringi oleh En. Mohd. Fadzli bin Mansor (GPK HEM) ke majlis tersebut.

Harapan pihak syarakat agar sumbangan ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk menikmati zaman kanak-kanak yang gembira di samping memberi motivasi kepada mereka untuk menjadi murid yang cemerlang.