Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, February 18, 2019

MAJLIS PEMAUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH


Majlis Pemuafakatan KPM dan PDRM di dalam Program Jom Ke Sekolah 2019 telah diadakan pada perhimpunan rasmi sekolah iaitu pada 18 Februari 2019 (Isnin) yang bertempat di gelanggang sepak takraw sekolah. Pada majlis tersebut seramai tiga orang wakil PDRM dari Balai Polis Dengkil telah hadir. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Koperal Andalus yang turut dihadiri oleh Koperal Hairul dan Prebet Faizal.

Pada majlis tersebut, perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia telah dibacakan oleh Guru Besar, manakala perutusan daripada Ketua Polis Negara telah dibacakan oleh Koperal Andalusia. Sejurus selepas itu, para tetamu telah dijemput untuk merasmikan Papan Kenyataan PPS.

Program Jom Ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Oleh itu, menerusi program ini, diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping berperanan sebagai guru disiplin seperti yang dinyatakan dalam Pekekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 bahawa semua guru adalah guru disiplin.



Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia


Perutusan Ketua Polis Negara




Perasmian Papan Kenyataan PPS





Saturday, February 16, 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 TAHUN 2019


Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 Tahun 2019 telah diadakan pada hari ini, 16 Februari 2019 (Sabtu) di kantin SK Bukit Tampoi (A). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Yusof Bin Alip bekas YDP PIBG SK Bukit Tampoi (A). Turut hadir adalah En. Khairul Nizam yang mewakili PPD Sepang, Batin Changkek Anak Dabal (KOA Bukit Tampoi), Batin Osman bin Abdullah (KOA Kolam Air Bangkong).

Selepas acara perasmian, majlis diteruskan lagi dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 Tahun 2019 yang telah dipengerusikan oleh Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Pada tahun ini, pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu telah diadakan. Pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu diadakan setiap dua tahun sekali.

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa baharu yang telah dipilih pada tahun ini. Semoga dengan kerjasama di antara ibu bapa dan guru akan dapat memacu kecemerlangan SK Bukit Tampoi (A) ke arah kecemerlangan. Pada akhir majlis, sesi cabutan bertuah telah diadakan bagi menghargai ibu bapa dan guru yang hadir.


Para tetamu yang hadir


Bacaan Doa


Ucapan Guru Besar


Ucapan YDP PIBG


Ucapan Perasmian


Penyampaian cenderamata kepada perasmi dan 
AJK PIBG Sesi 2017/2018












Sesi Mesyuarat Agung 2019


Pelantikan AJK PIBG 2019/2020


Sesi Cabutan Bertuah

Thursday, February 14, 2019

KUNJUNGAN ISLAMIC RELIEF SWITZERLAND 2019

Pada hari ini, SK Bukit Tampoi (A) telah dikunjungi oleh dua orang wakil daripada Islamic Relief Switzerland (IRS) dengan diiringi oleh empat orang wakil daripada Islamic Relief Malaysia (IRM). Tujuan kunjungan mereka ke sekolah adalah untuk melihat program dan projek yang telah dilaksanakan oleh IRM dengan sekolah. Selain daripada itu, mereka turut berkunjung ke KOA Bukit Tampoi bagi melihat Projek Perpustakaan Mini yang telah dilaksanakan di balai raya.

Kunjungan mereka di sekolah telah disambut oleh para pentadbir sekolah yang telah membawa mereka mendengar penerangan tentang kerjasama yang telah dilaksanakan bersama IRM di sekolah. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti Program Diet Attack, Projek Tanaman Cendawan, Sambutan Hari Kanak-kanak dan Sumbangan Kelengkapan Persekolahan.

Kemudian para tetamu dibawa ke tapak projek tanaman cendawan yang sedang diusahakan di laman belakang sekolah. Di sana wakil daripada IRM telah memberikan taklimat tentang perkembangan projek dan manfaatnya kepada penduduk kampung. Projek ini merupakan projek perintis yang jika berjaya akan dikembangkan kepada penduduk kampung yang berminat.

Setelah tamat sesi kunjungan di sekolah, para tetamu dibawa masuk ke kampung untuk melihat Projek Perpustakaan Mini di Balai Raya KOA Bukit Tampoi. Kunjungan ke kampung telah diiringi oleh Pengerusi JKKK iaitu En. Ilam bin Senin. Semoga kunjungan yang singkat ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam memajukan komuniti setempat ke arah yang lebih gemilang.















Wednesday, February 13, 2019

JOHAN DAN TEMPAT KETIGA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD SEPANG 2019


Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sepang Tahun 2019 telah diadakan pada 11 dan 12 Februari 2019 di SMK Cyberjaya. SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. 

Pada hari pertama, kumpulan A dan B telah melalui pertandingan secara liga di dalam kumpulan masing-masing. Pada peringkat kumpulan, kedua-dua kumpulan A dan B telah layak ke pusingan yang seterusnya iaitu pusingan kalah mati.

Pada hari kedua, kumpulan B hanya layak sehingga ke pusingan separuh akhir sahaja kerana terpaksa bertanding dengan kumpulan A. Pada peringkat akhir kumpulan A telah bertemu dengan SK Cyberjaya dan keputusan akhirnya adalah kumpulan A telah berjaya menjadi johan.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan A dan B kerana telah berjaya menjadi johan dan menduduki tempat ketiga masing-masing. Seramai 4 orang peserta dari kumpulan A telah dipilih untuk mewakili daerah Sepang ke pertandingan MSSN.


Johan


 Naib Johan


Tempat Ketiga




Friday, February 1, 2019

CUTI TAHUN BARU CINA 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2.   Merujuk kepada Surat Siaran KPM Bil. 10 Tahun 2018 bertarikh 03 Disember 2018 bertajuk Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2019 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

3.   Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama 9 hari bermula pada 2 Februari 2019 (Isnin) hingga 10 Februari 2019 (Ahad) sempena perayaan Tahun Baru Cina. Keterangan berkaitan cuti perayaan tersebut adalah seperti jadual di bawah ini : -

Tarikh
Hari
Jenis Cuti
02/02/2019
Sabtu

03/02/2019
Ahad

04/02/2019
Isnin
Cuti Peristiwa KPM
05/02/2019
Perayaan Tahun Baru Cina
Cuti Umum
06/02/2019
Perayaan Tahun Baru Cina
Cuti Umum
07/02/2019
Khamis
Cuti Peristiwa KPM
08/02/2019
Jumaat
Cuti Peristiwa KPM
09/02/2019
Sabtu

10/02/2019
Ahad


4.   Sekolah akan dibuka semula pada 11 Februari 2019 (Isnin) dan diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat memastikan kehadiran anak masing-masing ke sekolah pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.