Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, October 26, 2018

KEM JALINAN KASIH MURID ASLI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2018


Kem Jalinan Kasih Murid Asli Sekolah Rendah Tahun 2018 peringkat negeri Selangor telah diadakan di Kingfisher Resort, Hulu Langat. Kem 3 hari 2 malam yang bermula pada 24 Oktober 2018 dan berakhir pada 26 Oktober 2018 (Jumaat). 

Kem ini adalah siri kedua bagi tahun 2018 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Di mana siri pertama telah dilakukan pada 11 Oktober 2018 yang lalu.

Seramai 6 orang murid dari setiap sekolah yang mempunyai murid Orang Asli telahh dipilih untuk menyertai kem ini. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Bukit Tampoi (A), SK Bukit Lanjan (A), SK Bukit Kemandol (A), SK Bukit Kemandol (A), SK Tun Abdul Razak (A), SK Sungai Judah (A), SK Bukit Cheding (A), SK Sungai Bumbun (A), SK Kampung Busut (A), SK Bukit Bangkong (A), SK Dengkil, SK Bangi dan SK Jenderam Hilir.




KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH ORANG ASLI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018


Kejohanan Sukan Sekolah Orang Asli (KSSMOA) Peringkat Kebangsaan telah diadakan mulai 22 hingga 26 Oktober 2018 bertempat di Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Kejohanan yang diadakan setiap tahun ini mempertandingankan acara olahraga, bola sepak, bola baling, sepak takraw dan ragbi sentuh.

Negeri Johor Darul Takzim telah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini yang disertai oleh negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Negeri-negeri ini merupakan negeri yang mempunyai Sekolah Orang Asli.

Pada tahun ini, SK Bukit Tampoi (A) telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor dalam acara sepak takraw. Seramai 8 orang atlet sepak takraw diiringi oleh 3 orang guru pengiring telah dihantar ke Johor Bahru untuk menyertai kejohanan tersebut.

Keputusan pada tahun ini tidak memihak kepada kita kerana tidak berjaya memenangi sebarang pingat. Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat kita untuk terus mencuba pada tahun hadapan dengan azam yang baharu. Semoga tahun hadapan membuka peluang yang lebih cerah kepada kita. Tahniah kepada pasukan sepak takraw kerana telah berjaya membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan.






Friday, October 19, 2018

JADUAL PENILAIAN AKHIR TAHUN 2018


Hari/Tarikh


Masa


Mata Pelajaran

Isnin
22/10/2018
08.15 – 09.30
09.35 – 10.00
10.15 – 11.30
11.45 – 12.45
Bahasa Melayu (Pemahaman)
REHAT
Bahasa Melayu (Penulisan)
Reka Bentuk dan Teknologi

Selasa
23/10/2018
08.15 – 09.30
09.35 – 10.00
10.15 – 11.30
11.45 – 12.45
Bahasa Inggeris (Pemahaman)
REHAT
Bahasa Inggeris (Penulisan)
Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Rabu
24/10/2018
08.00 – 09.00
09.10 – 10.10
10.15 – 10.35
10.45 – 11.45
Matematik (Kertas 1)
P. Moral & P. Agama Islam
REHAT
Matematik (Kertas 2)

Khamis
25/10/2018
08.00 – 09.00
09.10 – 10.10
10.15 – 10.35
10.45 – 11.45
11.55 – 12.55
Sains (Kertas 1)
Sejarah
REHAT
Sains (Kertas 2)
Pendidikan Kesihatan

Thursday, October 18, 2018

PROGRAM KEUSAHAWANAN KELAS KEDAP 2018


Program Keusahawanan Kelas Kedap adalah kerjasama di antara Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai langkah pertama untuk mencungkil minat dan bakat berniaga dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Seramai 16 peserta Kedap dan 4 orang murid Tahun 5 telah mengambil bahagian di dalam program ini. 

Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk menjalankan aktiviti jualan pada Hari Sukan Tahunan yang akan diadakan pada 2 November 2018. Program ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 18 dan 19 Oktober 2018 bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik Komputer, SK Bukit Tampoi (A). 

Tenaga pengajar profesional telah dipilih yang terdiri daripada 4 orang pensyarah dari UPM. Para pensyarah yang terlibat ialah Dr. Amalina, Dr. Siti Manisah, Pn. Maswati dan Pn. Munirah selaku pembantu daripada Jabatan Perakaunan dan Kewangan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM. Manakala Dr. Shafie merupakan pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan dan Pemasaran, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM.

Manakala En. Mohamad Syakir dan Cik Hanani merupakan wakil daripada IRM sebagai pengelola kepada program ini. Selain daripada itu, IRM juga akan menyediakan peruntukan permulaan agar program ini berjalan dengan lancar. Semoga program ini dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.