Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, October 13, 2023

LAWATAN PENGARAH JPN SELANGOR 2023


Lawatan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah diadakan pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) yang dihadiri oleh Dr. Jafri bin Abu (Pengarah), Pn. Radzilah (KPPK), En. Kamarul (KPP), En. Shaiful, En. Faiz dan En. Lukman (PPD). Kehadiran rombongan daripada Unit Sekolah Jenis Khas JPN Selangor telah disambut oleh En. Mohd Fadzli (Guru Besar) dan semua Guru Penolong Kanan yang lain.

Kehadiran Pengarah adalah untuk melihat sendiri kawasan Sekolah Orang Asli (SOA) yang berkeadaan baik dan bersih. Beliau telah singgah di setiap kelas daripada prasekolah sehingga Tahun 6. Di samping itu, beliau juga turut melihat bilik-bilik khas yang lain. 

Dalam sama yang sama beliau turut berkesempatan untuk menyampaikan pingat dan sijil kepada atlet-atlet sekolah yang berjaya di Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) peringkat negeri Selangor baru-baru ini. Terima kasih diucapkan keda tuan pengarah dan rombongan kerana sudi hadir ke SK Bukit Tampoi (A) pada tahun ini.

Wednesday, October 11, 2023

TAKLIMAT PENGENALAN APLIKASI PANDAI BERSAMA PIBG DAN MURID-MURID SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2023

Taklimat Aplikasi Pandai bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 11 Oktober 2023 (Rabu) pada pukul 1.00 petang hingga 2.30 petang. Turut hadir bersama pada taklimat tersebut ialah Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) daripada Balai Polis Dengkil.

Aplikasi Pandai adalah aplikasi pembelajaran digital buat murid-murid SK Bukit Tampoi (A) pada akan datang. Aplikasi ini diberikan secara percuma kepada murid-murid sekolah ini sahaja sebagai sebahagian daripada Program CSR syarikat tersebut.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penjelasan tentang penggunaan aplikasi ini kepada PIBG dan ibu bapa di mana mereka boleh melihat penggunaan aplikasi ini seperti yang ditunjukkan oleh penceramah. Selain daripada itu, aplikasi ini juga merupakan medium untuk murid-murid melaksanakan pembelajaran kendiri di rumah serta dapat membuat ulangkaji sendiri.

Semoga dengan penerangan ini dapat membuka minda ibu bapa untuk mendorong anak-anak mereka belajar di rumah serta dapat manfaat yang banyak daripadanya. Diharapkan agar semua murid-murid dapat menggunakan aplikasi ini sepenuhnya di sekolah kelak.

Friday, October 6, 2023

PROGRAM CSR OCBC BANK 2023

 


Program CSR OCBC Bank telah diadakan pada 6 Oktober 2023 (Jumaat) di SK Bukit Tampoi (A). Seramai 29 orang sukarelawan daripada OCBC Bank (Ibu Pejabat) Kuala Lumpur telah hadir untuk memberikan khidmat bakti kepada pihak sekolah.

Aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini adalah seperti mengecat Bilik RBT, Bilik Akses, Bilik Komputer dan menanam pokok di sekitar kawasan sekolah. Selain daripada itu, mereka turut menyampaikan ceramah berkaitan simpanan wang ke dalam bank kepada semua murid.

Selain daripada itu, OCBC Bank juga turut menyumbangkan goodie bags kepada semua murid dan guru serta t-shirt percuma kepada semua warga sekolah. Terima kasih kepada OCBC Bank kerana telah memilih SK Bukit Tampoi (A) sebagai tempat untuk menjalankan Program CSR. Kami sangat bertuah kerana menerima limpahan sumbangan yang diberikan kepada warga sekolah.

Semoga dengan sumbangan ini akan dapat menceriakan semula sekolah dan dapat menarik kehadiran murid ke sekolah di samping dapat meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Kami sangat mengharapkan sumbangan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat korporat, yayasan dan mana-mana individu untuk menyumbang kepada SK Bukit Tampoi (A). Harapan kami agar sekolah lebih ceria dan makmur dengan sumbangan daripada kalian semua.


Goodie Bags untuk semua murid


Ceramah Wang Simpanan


Aktiviti Menanam Pokok


Aktiviti Mengecat



Sumbangan kepada semua guru dan staf


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023


Sambutan Maulidur Rasul 2023 adalah sambutan untuk meraikan kelahiran Rasullallah S.A.W. Sambutan peringkat sekolah telah diadakan pada 5 Oktober 2023 (Khamis) yang dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam. Semua murid yang beragama Islam telah dikumpulkan di Bilik Agama untuk menyertai sambutan tersebut.

Sammbutan pada kali ini dimulakan dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Ismail. Sejurus selepas itu, murid-murid diperdengarkan ceramah sejarah Rasullallah S.A.W. yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad.

Selesai ceramah, semua murid berselawat beramai-ramai dengan diiringi oleh semua guru yang hadir. Dengan cara ini, murid-murid dapat menghayati nikmat kelahiran Rasullallah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam. Tahniah diucapkan kepada panitia Pendidikan Islam kerana dapat mengadakan sambutan ini dengan jayanya.