Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, January 26, 2017

CUTI TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina menjelang lagi. Pada Tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selaraskan cuti perayaan. Cuti Perayaan Tahun Baru Cina akan bermula pada 26 Januari 2017 (Khamis) hingga 31 Januari 2017 (Selasa). Sekolah akan dibuka semula pada 1 Februari 2017 (Rabu). Sekian, harap maklum.

Wednesday, January 25, 2017

PROGRAM AKUJANJI IBU BAPA MURID TAHUN 6


Program Akujanji Ibu Bapa Murid Tahun 6 telah diadakan pada 25 Januari 2017 (Rabu). Program ini telah bermula pada pukul 11.00 pagi yang dihadiri oleh para ibu bapa murid Tahun 6 dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat seperti Tok Batin. Terima kasih kepada Guru Penyelaras Tahun 6 dan guru-guru Tahun 6 kerana telah menganjurkan program seperti ini setiap tahun.


Para ibu bapa diberikan pendedahan berkaitan program-program yang dijalankan di sekolah untuk murid-murid Tahun 6 khususnya. Mereka juga turut dinasihatkan untuk memberi sokongan dan motivasi agar murid dapat meneruskan pembelajaran walaupun banyak halangan yang perlu ditempuh. Semoga program ini dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa demi kemajuan anak masing-masing.



KEMPEN BALUT BUKU TEKS 2017


Kempen Balut Buku Teks yang dianjurkan oleh Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah diadakan pada 25 Januari 2017 (Rabu). Kempen ini diadakan bagi menerapkan nilai tanggungjawab terhadap bantuan pinjaman buku teks yang diberikan secara percuma oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa kerana ramai yang hadir bagi memberi sokongan untuk membantu para pelajar membalut buku teks. 


Ibu bapa datang berpusu-pusu datang ke sekolah bermula pada pukul 9.00 pagi dengan membawa peralatan seperti plastik pembalut, gunting dan pita pelekat. Sikap para ibu bapa di sekolah ini perlu dipuji di atas kerjasama yang telah ditunjukkan serta turut menjadi contoh kepada ibu bapa di luar sana.






PROGRAM MAJU DIRI 2017


Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan Program Maju Diri untuk murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Program ini dijalankan selama 3 hari bermula pada 23 Januari 2017 (Isnin) dan berakhir pada 25 Januari 2017 (Rabu). Tjuan program ini diadakan bagi memberi motivasi kepada para pelajar agar dapat bersedia mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.







Monday, January 23, 2017

PENYEMPAIAN HADIAH MERENTAS DESA 2017

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Bukit Tampoi (A) yang telah berlangsung pada 2 Januari 2017 (Khamis) yang lalu. Penyertaan daripada semua murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 telah mengambil bahagian dalam acara tersebut. Peserta telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Lelaki Terbuka dan Perempuan Terbuka. Tahniah kepada 10 pemenang lelaki dan 10 pemenang perempuan. 


Seramai 3 orang pemenang kategori Lelaki Terbuka dan Perempuan Terbuka telah dipilih untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD Sepang yang diadakan di Pantai Bagan Lalang, Sungai Pelek pada 18 Januari 2017 (Rabu). Keputusannya sekolah kita telah berjaya memenangi tempat ke-6 kategori Lelaki Bawah 12 Tahun. Beliau ialah adik Ismawan bin Seman murid Tahun 6, manakala wakil perempuan kurang bernasib walaupun telah memberikan yang terbaik dalam acara tersebut.


PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2017

Pengawas merupakan nadi penting dalam membantu guru menjaga disiplin murid-murid. Maka dengan ini pihak sekolah telah berbesar hati untuk mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah Sesi 2017. Semoga dengan pelantikan ini para pengawas yang dilantik dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan jujur dan amanah.

Selain daripada itu, majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS). Mereka dilantik bagi membantu Guru Pusat Sumber menguruskan perpustakaan. Mereka turut diberikan tanggungjawab untuk mempromosi penggunaan perpustakaan di samping menjadi model dalam memperkasa budaya membaca dalam kalangan murid sekolah.


Ketua Pengawas : She Norafezah binti Ibey
Penolong Ketua Pengawas : Nur Natasya Syahadah binti Muhammad Alwi


Ketua Pengawas PSS : Shah Dairel bin Sang
Penolong Ketua Pengawas PSS : Nur Azian binti Karim


Lafaz ikrar pengawas


PENYAMPAIAN SUMBANGAN BUKU THE CHAMPION UPSR 2017







Thursday, January 12, 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017


Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Tampoi (A) bagi tahun 2017 telah diadakan pada 12 Januari 2017 (Khamis) di Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Tampoi, Dengkil. Semua murid daripada Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 telah mengikuti aktiviti ini. Manakala murid-murid Prasekolah dan Tahun 1 meneruskan pembelajaran seperti biasa. Jarak perjalanan merentas desa ini adalah sejauh 4 kilometer.


Berkumpul di Tapak Perhimpunan

Sebelum aktiviti dijalankan, para peserta perlu mengikuti aktiviti gogorama sebagai aktiviti memanaskan badan. Kemudian, mereka perlu mengikuti taklimat keselamatan yang disampaikan oleh En. Anuar selaku Penyelaras Kejohanan.


Taklimat Keselamatan

Sejurus selepas itu, mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut kategori masing-masing iaitu kategori lelaki terbuka dan perempuan terbuka. Acara pelepasan dimulai dengan pelepasan peserta perempuan sebelum peserta lelaki. En. Mohd. Rahman selaku Guru Besar telah berbesar hati untuk melepaskan para peserta.


Peserta Lelaki



Peserta Perempuan

Para peserta telah berlari dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk memenangi kejohanan ini. Hanya mereka yang terbaik sahaja yang layak menang. Sepuluh peserta yang tiba di garisan penamat yang terawal sahaja yang akan dipilih menjalani latihan sebelum ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Sepang.


Pelepasan Peserta Perempuan



Pelepasan Peserta Lelaki


Wednesday, January 11, 2017

PEMANTAUAN LINUS 2.0 TAHUN 2017

Pemantauan Linus 2.0 bagi tahun 2017 telah dijalankan oleh fasilitator Linus PPD Sepang. Mereka terdiri daripada fasilitator Linus Literasi BM, BI dan Numerasi MT. Tujuan kehadiran mereka adalah untuk memantau persediaan pihak sekolah dalam menerima dan menjalankan saringan Linus yang akan datang. Terima kasih diucapkan kepada fasilitator Linus kerana sudi datang membantu pihak sekolah bersedia dalam pelaksanaan Linus 2017 ini.


Tuesday, January 10, 2017

PROGRAM INTEGRASI LINUS 2017

Program Integrasi Linus adalah satu program kolaborasi SK Bukit Tampoi (A) dengan Pusat Asasi UiTM Cawangan Dengkil. Pihak sekolah melalui Penyelaras Linus dan Guru Pemulihan akan memilih murid-murid Linus Tahun 2 dan Tahun 3 manakala pihak UiTM akan menyediakan pelajar sebagai fasilitator dalam membantu Penyelaras Linus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid sehingga keluar daripada kategori Linus dan memasuki pembelajaran arus perdana.


Bagi pelajar UiTM pula, mereka terdiri daripada 40 orang pelajar-pelajar semester kedua dan diselia oleh dua orang pensyarah yang memberi pendedahan awal kepada mereka tentang situasi sebenar di dalam bilik darjah. Khususnya bagi mereka yang pertama kali mendapat pengalaman yang sangat bernilai kerana dapat mempelajari sesuatu daripada murid-murid Orang Asli.


Mereka akan menggunakan modul Bacalah Anakku bagi membantu murid menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu. Sebelum menggunakan modul tersebut para pelajar UiTM diberikan pendedahan awal oleh para pensyarah tentang cara penggunaan modul dengan kaedah yang sesuai. Usaha kolaborasi dengan agaensi luar ini amat menguntungkan kedua-dua belah pihak.


Tuesday, January 3, 2017

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017 SUDAH BERMULA


Sesi persekolahan tahun 2017 bagi negeri-negeri Kumpulan B telah bermula pada hari ini. SK Bukit Tampoi (A) tidak ketinggalan merakamkan detik-detik sejarah tahun baru ini. Sesi persekolahan dimulai dengan perhimpunan yang diadakan di kantin sekolah kerana cuaca tidak mengizinkan untuk diadakan di dataran perhimpunan.


Perhimpunan telah dihadiri oleh semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Manakala murid prasekolah berkumpul di kelas bagi sesi taklimat kepada ibu bapa dan penjaga. Turut hadir dalam perhimpunan ini ialah Tok Batin dari KOA Bukit Tampoi. Ibu bapa murid juga hadir memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah.


Bacaan doa


Lafaz ikrar Rukun Negara


Ucapan Guru Besar



Pada ibu bapa dan penjaga yang hadir