Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, February 28, 2019

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SSPN 2019


Majlis Penyerahan Sumbangan SSPN telah diadakan pada 28 Feberuari 2019 (Khamis) di Makmal Sains, SK Bukit Tampoi (A). Seramai 70 orang murid daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 telah terpilih untuk menerima sumbangan tersebut. Turut dijemput adalah ibu bapa murid yang terpilih.

Majlis ini adalah kerjasama di antara IRM, UPM PTPTN dan SK Bukit Tampoi (A). Sumbangan adalah pihak UPM dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, IRM sebagai penyelaras, PTPTN sebagai penyedia perkhidmatan dan pihak sekolah sebagai penerima sumbangan.

Pada majlis tersebut, seramai 5 orang pensyarah dari UPM, 5 orang kakitangan dari PTPTN dan 4 orang dari IRM. terdahulu taklimat dari kelas ke kelas telah dijalankan oleh semua pensyarah UPM untuk mempromosi tabiat menabung dalam kalangan murid sekolah rendah.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan majlis seperti ini. Semoga jasa baik anda sekalian diberkati dan dirahmati.




 Dr. Saidatul Nur Fauzi bin Saidin
(Ucapan Pensyarah UPM)


Taklimat Dari Kelas Ke Kelas






Kakitangan IRM



Kakitangan PTPTN



Monday, February 25, 2019

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KELAB ARISTON, UNIVERSITI HERIOT WATT 2019


Program Khidmat Masyarakat telah diadakan pada 23 Februari 2019 (Sabtu) oleh Kelab Ariston dari universiti Heriot Watt yang terletak di Cyberjaya. Seramai 10 orang pelajar yang diketuai oleh Nur Amani.

Khidmat masyarakat yang mereka jalankan adalah membantu pihak sekolah mengemas dan menyusun semula peralatan di dalam 3 bilik khas. Bilik-bilik khas yang terlibat adalah Bilik RBT, Bilik Kesihatan dan Stor Sukan. Selain daripada itu, guru-guru SK Bukit Tampoi (A) tidak melepaskan peluang ini untuk bekerjasama dengan mereka.

Pada akhir program mereka sempat meluangkan masa untuk mengecat Bilik Muzik. Semua peralatan untuk mengecat bilik teersebut telah disediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah turut menyediakan jamuan ringan sebagai menghargai dan membalas jasa baik mereka kepada sekolah.

Semoga dengan jalinan kerjasama dengan pihak Universiti Heriot Watt amnya dan Kelab Ariston khususnya dapat membina satu hubungan yang berpanjangan. Kami pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tenaga dan keringat dalam membantu pihak sekolah menceriakan semula sekolah terutamanya bilik-bilik sekolah kami.









PEMANTAUAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2019



Pemantauan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi tahun 2019 telah dijalankan pada 22 Februari 2019 (Jumaat). Pemantauan dilakukan oleh 2 orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Pemantauan RMT merangkumi pemilihan murid dan pembekal, pengurusan kerja, kewangan dan pelbagai aspek yang berkaitan dengan RMT. Oleh kerana sekolah kami telah memberikan RMT kepada semua murid pada pukul 7.00 pagi, maka pemantauan telah bermula daripada murid mula mengambil makanan sehingga selesai makan.

Setelah selesai pemantauan, pentadbir dan penyelaras RMT telah diarahkan untuk bersemuka bagi membincangkan hasil dapatan daripada pemantauan yang telah dilakukan. Hasil dapatan daripada pemantauan oleh pihak KPM mendapati pihak sekolah berada pada tahap memuaskan. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu membuat penambahbaikan terhadap perkara yang berkaitan dengan RMT.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak KPM sudi memantau pengurusan RMT sekolah kami. Kami berasa amat bertuah kerana terpilih kerana bagi kami dengan adanya pemantauan seperti ini dapat membantu pihak sekolah mengenal pasti kelemahan pengurusan dan dengan bantuan dan bimbingan yang diberikan akan meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang lebih baik pada masa hadapan.






Thursday, February 21, 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2019


Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2019 telah diadakan pada hari ini 21 Februari 2019 (Khamis). Majlis telah diadakan di dalam kelas anak masing-masing telah bermula pada pukul 11.00 pagi.

Tujuan Bantuan Awal Persekolahan yang berjumlah RM100 seorang murid adalah untuk membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah. Murid yang layak adalah murid yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3000 bagi sebuah keluarga.

Diharapkan ibu bapa yang telah berkenaan dapat menggunakan bantuan tersebut untuk kegunaan persekolahan masing-masing seperti wang saku, membeli buku tulis dan alat tulis anak masing-masing. Selain daripada itu, ibu bapa juga digalakkan untuk menyumbang kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).





MAJLIS AKUJANJI DAN PENETAPAN UPSR 2019


Majlis Akujanji dan Penetapan UPSR adalah perjumpaan pentadbir, guru-guru dan ibu bapa murid-murid Tahun 6 Siantan bagi membincangkan program dan aktiviti murid tahun 6 sepanjang 2019. Pada tahun ini, semua ibu bapa telah hadir pada majlis tersebut.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim sebagai Guru Besar SK Bukit Tampoi (A). Pentadbir yang turut hadir ialah GPK Pentadbiran. Dengan mengadakan majlis seperti ini akan memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak masing-masing.

Selain daripada itu, ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan semasa murid berada di rumah dengan memberikan bimbingan dan galakan kepada anak masing-masing untuk hadir ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.