Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, April 1, 2019

JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM 2019


Kejohanan Sepak Takraw MSSM 2019 telah diadakan di Kompleks Sukan Negeri Sembilan pada 23 hingga 30 Mac 2019. Seorang murid SK Bukit Tampoi (A) telah terpilih mewakili pasukan Selangor untuk kejohanan tersebut. Murid yang dimaksudkan adalah adik Ijasrul Azali A/L Ahmad.

Pada kejohanan tersebut, pasukan Selangor telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Sepak takraw MSSM 2019. Tahniah diucapkan kepada pasukan Selangor amnya dan adik Ijasrul Azali A/L Ahmad khasnya kerana telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.

Selain daripada itu, beliau juga telah terpilih untuk diuji bakat pada Program MyTID yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Pemilihan tersebut akan dijalankan pada bulan Julai. Beliau merupakan satu-satunya murid Orang Asli yang mewakili pasukan Selangor.

Sehubungan dengan itu, satu majlis penyampaian medal dan hadiah yang telah disampaikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar) yang diadakan di sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Semoga dengan majlis ini dapat meraikan kejayaan yang telah diraih oleh murid yang telah mengharumkan nama sekolah sekaligus memberi motivasi kepada murid lain untuk berjaya.



No comments:

Post a Comment