Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, April 15, 2019

LAWATAN KERJAYA KE KIDZANIA 2019


Lawatan ke Kidzania adalah salah satu aktiviti yang dijalankan di dalam Program Kerjaya. Program tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Ariston dari Universiti Heriot Watt, Cyberjaya. Seramai 35 orang murid terpilih yang terdiri daripada murid-murid dari Tahap 2 dengan diiringi oleh 3 orang guru.

Program ini telah dijalankan pada 6 April 2019 (Sabtu) dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kos lawatan telah ditaja sepenuhnya oleh Kidzania sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) termasuk kos pengangkutan, tiket masuk dan makan tengah hari.

Di sini murid-murid dapat mengenali pelbagai jenis pekerjaan, merasai sendiri pengalaman memakai pakaian beruniform dan berpeluang bekerja mengikut pekerjaan yang disediakan. Semua murid yang mengikuti aktiviti tersebut berasa sangat gembira kerana diberi peluang tersebut.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja yang sudi menghulurkan sumbangan untuk menaja program ini. Program ini berjaya menarik minat murid untuk hadir ke sekolah demi mengejar cita-cita yang mereka idamkan.







No comments:

Post a Comment