Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, April 2, 2019

MAJLIS PERASMIAN PROJEK TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU 2019


Projek Tanaman Cendawan Tiram Kelabu adalah projek usahasama di antara MRA International, Islamic Relief Malaysia dan SK Bukit Tampoi (A). Pada 2 April 2019 (Selasa), satu majlis perasmian telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah (PSS). 

Majlis telah dirasmikan oleh En. Mohd Hazim bin Hassan (Pengarah Urusan MRA). Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Kamarul Halim bin Sakrani (Pengarah Partner Care), En. Rosli bin Badri (wakil PPD Sepang), Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar), En. Ilam bin Senin (YDP PIBG), pegawai-pegawai IRM dan pentadbir sekolah.

Sejurus selepas perasmian, para tetamu dijemput ke Rumah Cendawan untuk gimik perasmian iaitu dengan memotong cendawan dari bongkah. Selain daripada itu, para tetamu juga diberi penerangan tentang proses penanaman cendawan serta diberi peluang untuk melihat sendiri proses menuai hasil cendawan yang telah matang.

Terima kasih diucapkan kepada IRM kerana telah mencetuskan idea tentang projek tanaman cendawan ini. Begitu juga kepada penaja projek iaitu MRA International yang menaja projek ini sehingga membuahkan hasil. Projek ini dijalankan oleh para empat orang bekas peserta Kedap yang begitu aktif membantu mengusahakan projek tersebut. Kisah kejayaan Projek Tanaman Cendawan ini turut dipaparkan di dalam Utusan Online.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/irm-mra-international-jana-ekonomi-orang-asli-1.875215






Pn. Siti Saadah binti Mukrim
(Guru Besar)


Tn. Hj. Kamarul Halim bin Sakrani
(Pengarah Partner Care IRM)


En. Mohd. Hazim bin Hassan
(Pengarah Urusan MRA)

No comments:

Post a Comment