Lawatan Prasekolah SK Bukit Tampoi (A)bagi tahun 2019 telah diadakan ke Beryl's Chocolate Factory dan Farm In The City. Seramai 44 orang peserta yang terlibat di dalam lawatan ini. Mereka terdiri daripada 1 orang guru prasekolah, 1 orang pembantu murid prasekolah, 17 orang ibu bapa dan 25 orang murid.
Kami telah bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi dengan sebuah bas. Tempat persinggahan pertama adalah di gerai makan UPM yang terletak di luar pagar 9 UPM bersebelahan dengan sebuah tasik untuk sarapan pagi.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Beryl's Chocolate Factory yang terletak di Serdang. Di sana kami dibawa melawat kilang pembuatan coklat, menyaksikan tayangan cara pembuatan coklat dan muzium coklat. Selepas lawatan ke kilang dan muzium, kami mengambil peluang untuk membeli coklat di pusat jualan terletak di dalam kilang tersebut.
Seterusnya kami ke Beryl's Biscuit Factory yang terletak tidak jauh dari kilang coklat tersebut. Di sana kami dibawa menyaksikan tayangan pembuatan beberapa jenis biskut yang dikeluarkan oleh kilang tersebut. Kemudian kami dibawa pula melihat operasi pembuatan biskut dan diakhiri dengan aktiviti membeli-belah produk biskut dari pusat jualan kilang tersebut.
Sejurus tamat lawatan kami di kilang, kami singgah semula ke gerai makan UPM untuk makan tengah hari. Setelah itu, kami singgah di masjid UPM untuk solat Zohor. Kemudian kami meneruskan aktiviti lawatan ke Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan.
Di Farm In The City, kami diiringi oleh seorang pemandu pelancong (tour guide). Kami telah ditunjukkan tunjukkan dengan pelbagai jenis haiwan tempatan dan luar negara. Kami juga diberi peluang untuk memberi haiwan makan seperti kuru-kura, kambing, rusa dan arnab. Murid-murid prasekolah pula diberi kebenaran untuk menangkap ikan di kolam ikan.
Lawatan kami diakhiri dengan menyaksikan pertunjukkan burung kakak tua. Persembahan mereka meliputi aksi-aksi seperti bertutur, berlakon dan menaikkan bendera. Para peserta lawatan sangat teruja dan gembira dengan hasil lawatan yang diadakan pada tahun ini. Semoga lawatan seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment