Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, November 4, 2019

LAWATAN KE KIDZANIA 2019


Lawatan ke Kidzania yang dianjurkan oleh Yayasan MyKasih telah diadakan pada 3 November 2019 (Ahad). Lawatan ini disertai oleh 55 orang murid dan 13 orang guru pengiring yang melibatkan 2 buah bas.

Kami bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi dan sampai di Kidzania pada pukul 9.00 pagi. Ketika berada di sana, kami telah diiringi oleh petugas Kidzania untuk proses pendaftaran dan pas masuk. Kami dihidangkan dengan makanan pada pukul 12.00 tengah hari. Sebelum meninggalkan Kidzania pada pukul 2.00 petang kami telah diberi sebuah beg sandang buat setiap peserta.

Setelah selesai lawatan ke Kidzania, kami telah dijemput oleh para pegawai dari Dialog Malaysia untuk ke Dialog Tower yang terletak bersebelahan Kidzania. Dialog Malaysia adalah penaja bagi program lawatan ini. Ketika sampai di bangunan tersebut, kami telah dihidangkan dengan jamuan makan tengah hari.

Kemudian, kami dipelawa ke Tingkat 5 untuk ke auditorium yang besar. Di sana kami telah dibenarkan untuk menyaksikan sebuah tayangan filem. Kami rasa amat bertuah kerana dapat masuk ke bangunan korporat yang besar dan moden. Kami bertolak pulang pada pukul 5.30 petang dan tiba di sekolah pada pukul 6.30 petang.

Terima kasih diucapkan kepada Yayasan MyKasih dan Dialog Malaysia kerana sudi menaja pakej lawatan SK Bukit Tampoi (A) ke Kidzania pada tahun ini. Pengalaman ini akan kami jadikan semangat dan motivasi untuk terus hadir dan belajar di sekolah bagi mengejar cita-cita kami.

















No comments:

Post a Comment