Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, November 5, 2019

MAJLIS PENYERAHAN KACAMATA PERCUMA 2019


Majlis Penyerahan Kacamata Percuma telah diadakan pada 4 November 2019 (Isnin) pada pukul 11.00 pagi di Makmal Sains SK Bukit Tampoi (A). Sumbangan kacamata percuma ini adalah sumbangan daripada Rotary Club melalui Yayasan MyKasih.

Seramai 20 orang murid dan 5 orang dewasa telah terpilih untuk menerima sumbangan ini. Murid-murid yang menerima sumbangan ini terdiri daripada 3 orang murid prasekolah, 3 orang murid Tahun 1, 5 orang murid Tahun 2, 4 orang murid Tahun 4, 3 orang murid Tahun 5 dan 2 orang murid Tahun 6.

Manakala penerima dalam kalangan orang dewasa pula terdiri daripada 2 orang pengawal keselamatan, 2 orang pekerja pembersihan dan 1 orang penduduk kampung. Para penerima sumbangan merupakan golongan penduduk yang berpendapatan rendah atau B40.

Terima kasih diucapkan kepada Rotary Club yang sudi menaja sumbangan kacamata kepada golongan yang amat memerlukan terutama golongan B40. Jasa baik Yayasan MyKasih juga tidak dilupakan sebagai perantara di antara penaja dengan sekolah. Semoga pemberian kacamata percuma ini dapat memberikan harapan baharu kepada semua penerima.


Penerima Prasekolah


Penerima Tahun 1


Penerima Tahun 2


Penerima Tahun 4


Penerima Tahun 5


Penerima Tahun 6


Penerima Pengawal Keselamatan


Penerima Pekerja Pembersihan


Penerima Penduduk Kampung

No comments:

Post a Comment