Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, July 25, 2017

PROGRAM INTEGRASI LINUS 2017/2018


Program Integrasi Linus merupakan program kerjasama di antara sekolah dengan Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah dimulakan pada tahun 2016 dengan penglibatan murid Linus dan ahli Kelab Humatarian. Ini merupakan inisiatif pensyarah kelab untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada para penuntutnya tentang keadaan sebenar di dalam dunia pendidikan.

Para penuntut UiTM ini akan datang ke sekolah pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula dari 25 Julai 2017 hingga 17 Ogos 2017. Pada hari Selasa kelas bermula pada pukul 1.00 - 1.30 petang manakala pada hari Rabu dan Khamis kelas bermula pada pukul 12.30 tengah hari hingga 1.00 petang. Mereka datang dalam kumpulan kecil yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aktiviti yang dijalankan bersama dengan murid Linus adalah membantu guru pemulihan mendidik sambil berhibur agar murid ini dapat membaca dan menulis dengan menggunakan modul Linus dan Bacalah Anakku.

Program ini telah berjaya membantu murid Linus meningkatkan penguasaan mereka dalam mengenal huruf, membaca suku kata, menyebut perkataan dan seterusnya membolehkan mereka dapat membaca. Selain daripada itu, program ini juga dapat menggalakkan murid hadir ke sekolah kerana aktiviti-aktiviti yang disediakan menarik mereka untuk mengikuti dengan lebih lanjut aktiviti tersebut. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan demi membangunkan modal insan yang celek huruf.







KEM KECEMERLANGAN UPSR PPD SEPANG 2017


Kem Kecemerlangan UPSR 20017 telah diadakan di SMK Seri Sepang pada 22 dan 23 Julai 2017. Kem yang dianjurkan oleh PPD Sepang telah disertai oleh sekolah-sekolah dalam kalangan Dewan Undangan Negeri Dengkil. SK Bukit Tampoi (A) telah dilantik sebagai AJK Penginapan. Justeru itu, guru-guru telah diberikan tugas untuk mengambil bahagian dengan bermalam secara bergilir-gilir bersama guru-guru dari SK Dengkil.

Dalam kem dua hari dua malam ini, para peserta didedahkan kepada teknik-teknik menjawab soalan berdasarkan format UPSR terkini. Fasilitator yang dilantik terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman sebagai penanda kertas jawapan UPSR. Diharapkan para peserta mendapat menggunan pengalaman menyertai kem ini dalam menjawab kertas-kertas soalan UPSR kelak.









PERCUBAAN UPSR 2017




TARIKH
MASA
MATA PELAJARAN
24 Julai 2017
(Isnin)
08.30 – 09.45 pagi
(1 jam 15 minit)
Bahasa Melayu
(Pemahaman)
10.45 – 12.00 tengah hari
(1 jam 15 minit)
Bahasa Melayu
(Penulisan)
25 Julai 2017
(Selasa)
08.00 – 9.15 pagi
(1 jam 15 minit)
Bahasa Inggeris
(Pemahaman)
10.45 – 12.00 tengah hari
(1 jam 15 minit)
Bahasa Inggeris
(Penulisan)
26 Julai 2017
(Rabu)
08.00 – 09.00 pagi
(1 jam)
Matematik
(Kertas 1)
10.45 – 11.45 pagi
(1 jam)
Matematik
(Kertas 2)
27 Julai 2017
(Khamis)
08.00 – 09.00 pagi
(1 jam)
Sains
(Kertas 1)
10.45 – 11.45 pagi
(1 jam)
Sains
(Kertas 2)

KEM IMPAK OUTREACH PPD SEPANG 2017


Pada 24 Julai 2017 (Isnin), Unit Pemulihan SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar dua orang murid pemulihan untuk mengikuti Kem Impak Outreach 2017 yang diadakan di PKG SRA Jenderam Hulu. Turut mengiringi mereka adalah dua orang guru pemulihan yang turut membantu pengurusan kem sebagai ahli jawatankuasa.

Dua orang murid yang terlibat adalah Ezan Anak Rajes dan Effitrus Bin Atan daripada Tahun 3 Melati. Mereka dalah sebahagian daripada murid pemulihan yang dipilih untuk menyertai kem tersebut. Keputusannya mereka dikategorikan sebagai murid lemah dan bukan Murid Berkeperluan Khas (MBK). 

Terima kasih kepada guru-guru pemulihan kerana telah bersusah payah menghantar dan mengendalikan kem dengan dedikasi. Semoga usaha unit pemulihan untuk mengeluarkan murid pemulihan ke arus perdana mencapai objektifnya.










Friday, July 21, 2017

PROGRAM KEMAHIRAN COACHING PdPc 2017


Program Kemahiran Coachinng PdPc adalah sebuah program yang diadakan untuk membantu para pentadbir sekolah dalam memberi penilaian PdPc kepada guru-guru di bawah seliaan masing-masing. Fasilitator yang telah memberikan tunjuk ajar kepada pentadbir terdiri daripada pegawai-pegawai SIP dan SICS+ PPD Sepang.

Para pentadbir telah diberi tunjuk ajar tentang pemberian markah penilaian PdPc bersama dengan SISC+. Selepas pemantauan pdpc, semua pentadbir telah berbincang dengan pegawai SISC+ masing-masing untuk memberikan justifikasi masing-masing. Perubahan dalam pemberian markah penilaian perlu disertakan dengan eviden melalui pemantauan, pemerhatian dan lain-lain.

Selain daripada itu, para pentadbir juga didedahkan dengan kaedah bimbingan profesional menggunakan kaedah GROWTH. Kaedah tersebut telah disimulasikan oleh En. Muhammad Nor dengan Pn. Nurmala. Melalui kaedah ini, pentadbir boleh mendapatkan maklumat penting demi membantu guru meningkatkan pencapaian kerjaya mereka.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai SIP dan SISC+ kerana sudi datang ke sekolah kami untuk membimbing para pentadbir memberi penilaian yang telus dan berintegriti demi kepentingan pencapaian murid dan kecemerlangan guru.








Wednesday, July 19, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN KACAMATA PERCUMA 2017


Pada 3 Julai 2017 (Isnin), sekolah telah didatangi oleh dua orang wakil daripada Mercu Optimist untuk menyampaikan sumbangan berupa sepasang kacamata kepada murid-murid yang terpilih. Murid-murid yang terpilih ini adalah mereka yang telah melalui pemeriksaan mata yang dijalankan oleh syarikat terbabit.

Seramai tujuh orang murid tahap 2 yang telah terpilih untuk menerima sumbangan tersebut. Sumbangan kacamata berkenaan telah disampaikan oleh En. Azman Shah bin Mohd Yunus (GPK Pentadbiran). Sumbangan kacamata tersebut merupakan sumbangan daripada sebuah NGO yang sering memberi bantuan kepada sekolah ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang kerana telah sudi untuk membantu pihak sekolah meringankan beban murid yang memerlukan kacamata tersebut. Dengan adanya kacamata tersebut diharap murid-murid dapat menumpukan kepada pelajaran dan dapat belajar dengan lebih yakin.




PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI RAYA AIDILFITRI PPD SEPANG 2017


Program Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri PPD Sepang 2017 telah diadakan di SMK Dato' Abu Bakar Baginda pada 15 Julai 2017 (Sabtu). Semua sekolah di daerah Sepang telah menghantar seramai sepuluh orang guru dari sekolah masing-masing untuk menghadiri majlis tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Marsum bin Paing (Ketua Bahagian UMNO Dengkil). Beliau turut menyumbang sebanyak RM20 000 bagi menjayakan masjlis itu.

SK Bukit Tampoi (A) juga telah menghantar sepuluh orang guru yang terdiri daripada Guru Besar, GPK 1, GPK HEM, GPK Kokurikulum dan enam orang guru biasa. Di akhir majlis para jemputan dihidangkan dengan jamuan hari raya yang berkonsepkan gerai makanan. Pelbagai juadah telah disediakan untuk menjamu semua hadirin.