Pemeriksaan Kesihatan telah dilakukan oleh PKD Salak di sekolah ini pada hari ini, 22 Oktober 2019 (Selasa). Pemeriksaan yang dijalankan melibatkan murid-murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 6 sahaja. Pemeriksan tersebut dilakukan di Bilik Pemulihan yang diselaraskan oleh Pn. Itaerdayu.
Pemeriksaan kesihatan telah dilakukan terhadap murid-murid Prasekolah. Murid Tahun 1 pula telah diberikan 2 dos suntikan iaitu Vaksin DT (Difteria dan Tetanus) dan Vaksin MR (Measles dan Rubella). Bagi murid Tahun 6, mereka telah melakukan pemeriksaan kesihatan sahaja.
Walau bagaimanapun masih ramai murid yang tidak hadir untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan suntikan imunisasi yang diberikan secara percuma di setiap sekolah kerajaan. Oleh itu, tindakan susulan akan dibuat oleh pihak PKD Salak untuk memastikan suntikan ini dapat dinikmati oleh setiap murid.
Pemeriksaan Kesihatan Prasekolah
Pemeriksaan dan Suntikan Imunisasi Tahun 1
Pemeriksaan Kesihatan Tahun 6
No comments:
Post a Comment