Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, October 5, 2019

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA PERCUMA 2019


Program Pemeriksaan Mata Percuma adalah satu program yang dianjurkan oleh MyKasih Foundation yang telah diadakan di SK Bukit Tampoi (A) pada 4 Oktober 2019 (Jumaat). Program bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Semua murid dari Prasekolah sehingga Tahun 6 telah terlibat di dalam program tersebut. MyKasih Foundation telah berjaya mendapatkan tajaan daripada Rotary Clud yang sudi menaja pemeriksaan  dan sumbangan kacamata secara percuma.

Selain daripada murid, mereka juga telah memberi peluang kepada semua guru, kakitangan sokongan, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan. Beberapa orang di antara mereka juga yang mendapat kacamata percuma kerana dikategorikan sebagai keluarga B40.

Terima kasih diucapkan kepada MyKasih Foundation dan Rotary Clud kerana sudi datang dan memberi sumbangan bakti kepada murid-murid khususnya dan warga sekolah amnya. SK Bukit Tampoi (A) amat memerlukan sumbangan agensi luar atau badan bukan kerajaan untuk membantu sekolah memenuhi keperluan murid-murid kami di sini.




No comments:

Post a Comment