Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, October 22, 2019

PROGRAMME LET'S READ WITH ORANG ASLI CHILDREN 4.0


Programme Let's Read With Orang Asli Children 4.0 merupakan sebuah program galakan menggunakan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Universiti MSU, Shah Alam.  Program ini dijalankan serentak di semua 9 buah sekolah Orang Asli di Selangor.

Seramai 25 orang penuntut yang diketuai oleh 1 orang pensyarah iaitu Cik Aruna A/P Narayana Samy telah mengadakan program tersebut di SK Bukit Tampoi (A) pada 22 Oktober 2019 (Selasa). Program ini berlangsung dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 

Program ini telah melibatkan murid-murid dari Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Pihak sekolah tidak melibatkan murid-murid Tahap 2 kerana terlibat dengan Peperiksaan Akhir Tahun. Program ini berjaya menarik minat murid-murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran seharian mereka.




No comments:

Post a Comment