Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, October 7, 2019

PROGRAM SAINS BERSAMA UiTM 2019


Program Sains Bersama UiTM ini adalah salah satu daripada aktiviti di dalam Program Sulam UiTM. Ini merupakan kerjasama di antara SK Bukit Tampoi (A) dan Kampus Asasi UiTM Cawangan Dengkil.

Aktiviti yang dijalankan pada hari ini adalah seperti aktiviti membina kapal terbang kertas, membina LED Flashlight dan membina menara menggunakan pencungkil gigi. Sasaran aktiviti pada kali ini adalah kepada murid Tahun 4, 5 dan 6.

Aktiviti didik hibur yang diterapkan di dalam setiap aktiviti yang dilakukan sangat menarik minat murid untuk belajar. Walaupun program ini dijalankan dua kali seminggu tetapi murid yang terlibat sangat menanti-nantikan aktiviti yang akan dilakukan.






No comments:

Post a Comment