Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, October 7, 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PIALA PROGRAM SILANG BUDAYA 2019


Program Silang Budaya adalah sebuah program perkongsian budaya di antara budaya Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Program ini telah dijalankan di SK KLIA pada 4 Oktober 2019 (Jumaat). Sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program tersebut adalah SK KLIA (tuan rumah), SJK(C) Chio Chiao, SJK(T) Bandar Baru Salak Tinggi dan SK Bukit Tampoi (A).

SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar 1 orang guru dan 4 orang murid untuk menyertai program tersebut. Di antara budaya yang dikongsikan dalam kalangan murid-murid adalah permainan batu seremban (Melayu), pembuatan tanglung (Cina), permainan kabadi (India) dan permainan lastik (Orang Asli).

Terima kasih diucapkan kepada SK KLIA kerana sudi menjemput SK Bukit Tampoi (A) untuk turut sama berkongsi budaya masyarakat Orang Asli bersama dengan masyarakat lain. Semoga setiap murid yang turut serta di dalam program ini dapat menjadikan pengalaman yang berguna dalam mengenali budaya masyarakat lain.




No comments:

Post a Comment