Program Pemindahan Ilmu Kepada Masyarakat Orang Asli Bukit Tampoi 2019 adalah program kerjasama di antara Islamic Relief Malaysia (IRM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan SK Bukit Tampoi (A) di dalam memberikan pendidikan di luar bilik darjah ke arah memperkasa mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan murid Orang Asli.
Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 30 dan 31 Oktober 2019 yang dijalankan di SK Bukit Tampoi (A) menggunakan bilik darjah Tahun 4, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Komputer, Makmal Sains dan Tapak Pertanian.
Kumpulan sasaran program ini adalah semua murid SK Bukit Tampoi (A) dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Selain daripada itu, program ini turut memberi peluang kepada komuniti setempat iaitu masyarakat Orang Asli suku Temuan untuk turut serta di dalam Projek Tanaman Hidroponik.
Aktiviti STEM yang dijalankan oleh murid-murid adalah seperti Water Bottle Rocket, Giant Bubble, Junior STEM Chef dan Electronic Games. Di samping itu juga, aktiviti komuniti yang dijalankan adalah Projek Hidroponik dan Free Market.
Oleh kerana program ini diadakan pada hari pertama selepas cuti Hari Deepavali, maka kehadiran murid pada hari pertama agak kurang memuaskan. Walaupun strategi untuk menggalakkan kehadiran murid pada hari tersebut telah diwar-warkan sebelum cuti perayaan lagi. Selain daripada itu, pihak IRM turut menyediakan Trak Aiskrim sebagai token kerana hadir pada hari tersebut.
Penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pula sangat menggalakkan. Murid-murid sangat teruja untuk menyertai semua aktiviti yang dijalankan. Dengan keramahan pelajar-pelajar UPM yang sangat mesra kepada semua murid menyebabkan mereka ingin turut sama di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.
Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan terutamanya di dalam bidang STEM. Aktiviti yang dilaksanakan perlu disusun dengan lebih teratur agar semua murid dapat menyertai setiap aktiviti yang dilaksanakan. Keseluruhannya program ini amat berjaya menarik minat murid untuk belajar mata pelajaran STEM sekaligus meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.
Pihak SK Bukit Tampoi (A) mengucapkan ribuan terima kasih kepada IRM di atas tajaan trak aiskrim, makanan dan free market. Terima kasih juga diucapkan kepada UPM terutamanya kepada para pensyarah dan pelajar yang menjayakan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik. Jasa dan budi baik kalian amat kami hargai.
Aktiviti Giant Buddle
Aktiviti Water Bottle Rocket
Aktiviti Junior STEM Chef
Aktiviti Electronic Games
Projek Hidroponik
Free Market
Trak Aiskrim
No comments:
Post a Comment