Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, October 5, 2019

PROGRAM KITAR SEMULA PLASTIK 2019


Program Kitar Semula Plastik adalah Program CSR daripada Lush Malaysia tentang kepentingan mengitar semula botol plastik. Program yang dianjurkan oleh MyKasih Foundation ini telah diadakan pada 4 Oktober 2019 (Jumaat) di Makmal Sains, SK Bukit Tampoi (A) dari pukul 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program ini disertai oleh semua murid dari Prasekolah sehingga Tahun 6. Semua murid diberikan taklimat berkenaan jenis-jenis botol plastik yang boleh dikitar semula. Taklimat ini disampaikan oleh Cik Harvinder Harchand.

Setelah selesai taklimat tersebut, murid-murid telah mendapat sumbangan sabun organik yang bermutu tinggi. Sabun organik ini telah diberikan secara percuma kepada semua murid dan warga SK Bukit Tampoi (A).

Terima kasih diucapkan kepada MyKasih Foundation di atas penganjuran program ini. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lush Malaysia kerana sudi memilih sekolah kami untuk program ini. Semoga murid-murid sekolah kami dapat mengamalkan kitar semula terutamanya botol-botol plastik agar alam sekitar kita bersih daripada pencemaran.










No comments:

Post a Comment