Friday, October 13, 2023
LAWATAN PENGARAH JPN SELANGOR 2023
Wednesday, October 11, 2023
TAKLIMAT PENGENALAN APLIKASI PANDAI BERSAMA PIBG DAN MURID-MURID SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2023
Taklimat Aplikasi Pandai bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 11 Oktober 2023 (Rabu) pada pukul 1.00 petang hingga 2.30 petang. Turut hadir bersama pada taklimat tersebut ialah Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) daripada Balai Polis Dengkil.
Aplikasi Pandai adalah aplikasi pembelajaran digital buat murid-murid SK Bukit Tampoi (A) pada akan datang. Aplikasi ini diberikan secara percuma kepada murid-murid sekolah ini sahaja sebagai sebahagian daripada Program CSR syarikat tersebut.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penjelasan tentang penggunaan aplikasi ini kepada PIBG dan ibu bapa di mana mereka boleh melihat penggunaan aplikasi ini seperti yang ditunjukkan oleh penceramah. Selain daripada itu, aplikasi ini juga merupakan medium untuk murid-murid melaksanakan pembelajaran kendiri di rumah serta dapat membuat ulangkaji sendiri.
Semoga dengan penerangan ini dapat membuka minda ibu bapa untuk mendorong anak-anak mereka belajar di rumah serta dapat manfaat yang banyak daripadanya. Diharapkan agar semua murid-murid dapat menggunakan aplikasi ini sepenuhnya di sekolah kelak.
Friday, October 6, 2023
PROGRAM CSR OCBC BANK 2023
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2023
Thursday, October 5, 2023
SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023
Pertandingan yang diadakan meliputi sukan bola baling, bola sepak dan sepak takraw serta olahraga bagi murid sekolah rendah. SK Bukit Tampoi (A) telah menyertai pertandingan bola baling, sepak takraw dan olahraga. Seramai 20 orang murid menyertai pertandingan bola baling yang terdiri daripada pasukan lelaki dan perempuan. Manakala 2 pasukan sepak takraw yang terdiri daripada Pasukan A dan Pasukan B.
Selain daripada itu, pihak sekolah juga turut menghantar pasukan olahraga yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan perempuan. Mereka telah menyertai acara larian 100m, 200m, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Pertandingan bola baling dan sepak takraw telah diadakan pada 3 Oktober dan olahraga pada 4 Oktober.
Keputusan akhir kejohanan pada kali ini adalah seperti berikut. Sepak takraw Regu A (Naib Johan) dan Regu B (Ketiga), bola baling lelaki (Naib Johan) dan bola baling perempuan (kelima), olahraga (1 emas dan 3 gangsa). Pencapaian keseluruhan pada kejohanan ini adalah Pertama (SK Bukit Bangkong), Kedua (SK Sg Bumbun) dan Ketiga (SK Bukit Tampoi).
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


-COLLAGE.jpg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)








.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)






-COLLAGE.jpg)
-COLLAGE.jpg)
-COLLAGE.jpg)







.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)