Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, January 30, 2020

PERPINDAHAN PUAN NOR HAIZA KE SK DENGKIL


Pada 17 Januari 2020 (Jumaat), satu majlis perpisahan buat Puan Nor Haiza binti Mokhtar. Majlis perpisahan ini dilakukan di kantin sekolah sebelum tamat waktu persekolahan. Ia telah dihadiri oleh murid-murid dan semua pentadbir, guru dan kakitangan sekolah.

Beliau akan berpindah ke SK Dengkil bermula pada 20 Januari 2020 (Isnin). Majlis perpisahan ini diadakan bagi memberi peluang kepada Cikgu Nor Haiza memberikan ucapan dan menyampaikan pesanan serta nasihat kepada semua murid.

Pihak sekolah akan kehilangan seorang guru Bahasa Melayu yang berdedikasi mengajar anak didiknya. Diharapkan semoga Puan Nor Haiza akan terus cemerlang dan maju di sekolah yang baharu. 


  

PROGRAM DIDIK HIBUR MATEMATIK




Pada 22 Januari 2020 (Rabu) satu program didik hibur telah dijalankan oleh sekumpulan Pelajar Asasi Sainsdari Pusat Asasi UiTM. Program ini merupakan program yang telah dirancang dengan melibatkan kerjasama di antara pihak Pusat Asasi UiTM Dengkil dan SK Bukit Tampoi (A). 

Program pada kali ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6. Aktiviti didik hibur adalah berfokuskan kepada subjek Matematik di bawah kendalian Puan Suhalia dan dilaksanakan dari pukul 12 tengahari sehingga pukul 1 petang. 

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dan diberikan kepada murid seperti permainan Bingo Matematik, Pizza Tolak Tambah, Botol Bergerak dan Cup Matematik. Semoga dengan penglibatan murid dalam program ini dapat memberikan impak yang positif dari segi kehadiran dan dapat meningkatkan minat murid terhadap subjek Matematik. 




Wednesday, January 22, 2020

PEMBERITAHUAN CUTI TAHUN BARU CINA TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina bagi tahun 2020, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama 5 hari. Butiran tentang cuti tersebut adalah seperti jadual di bawah ini.

Tarikh
Hari
Jenis Cuti
23.01.2020
Khamis
Cuti Peristiwa KPM
24.01.2020
Jumaat
Cuti Peristiwa KPM
25.01.2020
Sabtu
Cuti Tahun Baru Cina
26.01.2020
Ahad
Cuti Tahun Baru Cina
27.01.2020
Isnin
Cuti Ganti (Ahad)

Sekolah akan dibuka semula pada 28.01.2020 (Selasa). Kami memohon perhatian tuan/puan untuk memastikan kehadiran murid ke sekolah. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan di atas perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

SENARAI NAMA PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS & PENGAWAS SPBT TAHUN 2020

1. SENARAI NAMA PENNGAWAS SEKOLAH

NAMA PENGAWAS
KELAS
NOR AMIEYRA ANAK RAJIS (KETUA)
6 SIANTAN
ZARISSA A/P WONG ONN SIONG@GHAFAR (PENOLONG)
5 DAHLIA
AIZERIL AIZAT BIN GING HONG
6 SIANTAN
GRACIOUS CHRISTIE ANAK SANI
6 SIANTAN
KRISTEN STEFANUS A/L ZABERI
6 SIANTAN
ANJELLINY A/P RAZIS
5 DAHLIA
KHYRILL SAHKIR BIN KAMARUDIN
5 DAHLIA
RAFIQ DANIEL BIN ABDULLAH
5 DAHLIA
SITI ARIYANA BINTI RIEAL
5 DAHLIA
NOR MARISA ANAK MALH
4 SEMARAK
NURALISA BINTI RASHID
4 SEMARAK
PUTERI NAZLEEN
4 SEMARAK
ROSYAM DANIEL BIN SHAMSUDIN
4 SEMARAK
SITI ARIANA ANAK AJLAN
4 SEMARAK
ADLI A/L RAZIF
3 MELATI
DANIA BATRISYA ANAK RUDY
3 MELATI
NUR AINA BATRISYIA BINTI ABDUL SANI
3 MELATI

2. SENARAI NAMA PENGAWAS PUSAT SUMBER (PSS)

NAMA PENGAWAS
KELAS
AIZAN BIN AZMI (KETUA)
6 SIANTAN
SHAFIQ BIN ARIFIN (PENOLONG)
6 SIANTAN
MASLIN ANAK MALUDIN
6 SIANTAN
NUR AIN AMIRA BINTI ABDUL SANI
6 SIANTAN
RIA MAGDELINNIE ANAK USIN
6 SIANTAN
AIRY EZAIRY BIN HARDI
5 DAHLIA
MUHAMMAD EFFENDI BIN MISNO
5 DAHLIA
LIAM AI LA
5 DAHLIA
SITI AZ-ZAHRA BINTI MUHAMMAD TARMIZI
5 DAHLIA
RIZZEDYUSZI A/L RAPI
4 SEMARAK
ALISA ANAK HELMISAN
4 SEMARAK
JUMIA AYUMI SAKURA BINTI AMRULHISAM
4 SEMARAK
MAZLINA BINTI NAZERI
4 SEMARAK
MICKY VIHONEY JIMMY
4 SEMARAK
NURUL AIN BINTI YANGZEN
4 SEMARAK

3. SENARAI NAMA PENGAWAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

NAMA PENGAWAS
KELAS
ASNIERA BINTI ABDUL SUFIAN (KETUA)
6 SIANTAN
AN FINIZA BINTI PINTIS (PENOLONG)
6 SIANTAN
HANIZAH BINTI HOGIRI
6 SIANTAN
HANAFIS A/L JOHARI
6 SIANTAN
CITRA SULIZA BINTI ABDUL SUFIAN
5 DAHLIA
MUAZ BIN AZMAN
5 DAHLIA
NASYALIA BINTI HELMI
5 DAHLIA
HAZENI BIN PEN
4 SEMARAK
NUR AINA SHAKIRA BINTI HAIRUL
4 SEMARAK
NUR NATASHA ALYA BINTI HAFIZUL AZHAR
4 SEMARAK

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PUSAT SUMBER DAN SPBT







Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah diadakan pada 20.01.2020 (Isnin) di tapak perhimpunan SK Bukit Tampoi (A). Watikah Pelantikan ini telah disampaikan oleh GPK Hal Ehwal Murid (HEM), En Mohd Fadzli Bin Mansor.

Majlis dimulakan dengan pemberian sijil lantikan, seterusnya diteruskan dengan lafaz ikrar akujanji. Pelantikan pengawas ini dipilih oleh guru yang terlibat berdasarkan kepada kriteria serta kepimpinan yang terdapat dalam diri murid.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pengawas yang telah dilantik. Semoga anda semua dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi.



Pengawas Sekolah



Pengawas Pusat Sumber



Pengawas SPBT



Tuesday, January 21, 2020

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2020


Pada 10 Januari 2020, SK Bukit Tampoi (A) telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah tahun 2020. Latihan bagi mengenal trek larian dan juga latihan merentas desa juga telah dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 Januari 2020. 

Kejohanan Merentas Desa ini melibatkan murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Trek larian yang digunakan melibatkan kawasan Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Tampoi dan Bukit Bangkong. Pelepasan peserta larian telah dilaksanakan oleh Puan Siti Saadah Binti Mukrim, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A).

Dapat dilihat melalui aktiviti merentas desa ini, penglibatan murid secara menyeluruh serta kehadiran murid meningkat. Malah, semangat kesukanan dalam diri murid juga dapat dilihat semasa hari kejohanan di mana murid bersungguh-sungguh berlari dan bersaing antara satu sama lain bagi memperoleh nombor 1. 

Seterusnya, setelah keputusan pemenang diperolehi, majlis penyampaian hadiah telah dilaksanakan selepas waktu rehat. Murid yang mendapat kedudukan nombor 1 sehingga 4 dipilih untuk mewakili sekolah untuk Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah. Diharap murid yang mewakili sekolah ke peringkat daerah akan terus mengekalkan kejuaraan dan mengharumkan nama SK Bukit Tampoi (A).







Thursday, January 2, 2020

PROGRAM ORIENTASI TAHUN 1 SESI 2020


Program Orientasi Tahun 1 Sesi 2020 telah diadakan pada 2 Januari 2020 (Khamis) di bilik darjah Tahun 1 Melur, SK Bukit Tampoi (A). Ramai ibu bapa yang hadir untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2020.

Seramai 17 orang murid yang berjaya hadir pada sesi kali ini. Walau bagaimanapun, bilangan murid akan bertambah dalam seminggu dua nanti. Ini disebabkan oleh kekangan ibu bapa yang bekerja dan tidak mendapat cuti bagi menguruskan anak masing-masing.

Sehubungan dengan program tersebut, satu majlis ringkas telah diadakan di dalam kelas tersebut. Pada majlis tersebut, Guru Besar, PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum telah menyampaikan taklimat tentang sesi persekolahan yang akan berlangsung sepanjang tahun 2020 ini. 

Kemudian, ibu bapa dibimbing oleh Pn. Siti Najlaa selaku guru kelas dan guru-guru pembantu bagi sesi mengisi borang-borang seperti APDM, Kad Gigi, Borang PB1 (Bantuan) dan sebagainya. Syukur alhamdullillah kerana progran ini berjalan dengan jayanya. Diharapkan agar sesi persekolahan tahun 2020 akan gemilang dengan murid-murid yang terbilang.







PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2020



Program Jom Ke Sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2020 telah dijalankan pada 2 Januari 2020 (Khamis) dengan kerjasama tiga orang anggota polis dari Balai Polis Dengkil. Mereka adalah Koperal Hairul Nizam, Koperal Rusydi Andalus dan Konstabel Mohammad Faizal. 

Justeru itu, satu perhimpunan ringkas telah diadakan bagi memberi taklimat keselamatan kepada semua murid tentang peraturan dan aspek-aspek keselamatan yang perlu dijaga dan patuhi sentiasa. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Konsatel Mohammad Faizal.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh anggota polis dari Balai Polis Dengkil kerana telah sudi hadir dan menyampaikan pesanan berkaitan aspek-aspek keselamatan ketika berada di sekolah. Kami mengharapkan agar pesanan yang disampaikan memberi impak positif terhadap murid-murid di sini.